Saturday, September 8, 2012

KESIAN...DAHLAH SEWEL, BODOH PULA...

Bengonglah mahasewel pemalas ni...Universiti dan Kolej ada undang-undang dan peraturan dia sendiri...Hancur ke hidup budak punggung tu kalau di buang kolej...??? kan banyak lagi kolej yang nak terima mahasewel-mahasewel yang pemalas...!!!


MahaSewel MARAH pelajar tunjuk bontot dibuang Kolej..

Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar (Dema) menyeru Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics menarik balik keputusan memberhentikan pelajarnya yang terlibat dalam insiden pada malam ambang merdeka tempoh hari.

Menurut Dema tingkah laku pelajar terbabit merupakan tindakan individu untuk menunjukkan ketidakpuasan hatinya malah tindakan itu bukan kes jenayah atau apa-apa kesalahan akademik.

"Walaupun tindakan ini kurang sopan, ia hanya melibatkan tatatertib inidividu dan tidak begitu serius sehingga dibuang kolej. Pihak kolej boleh tidak setuju terhadap perlakuan pelajar, tetapi tidak boleh menghalang pengajiannya. Tindakan kolej telah menafikan hak pengetahuan pelajar," katanya dalam satu kenyataan.

Malah tegas Dema insiden tersebut berlaku di luar kolej dan bukan di kawasan kolej tetapi pelajar terbabit telah dianggap bersalah dan diambil tindakan oleh pihak kolej sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Tambahnya, pengurusan kolej telah menghina mahkamah apabila mendahului mahkamah dalam membuat keputusan.

"Jadi, siapa yang melanggar undang-undang ? Kalau kes jenayah pun, biar mahkamah dan polis memutuskan kesalahannya dulu, kolej tiada kuasa menjalankan hukuman bagi kes jenayah.

"Kami juga meragui keputusan kolej tersebut di mana Pengerusinya Dr Alimuddin Mohd Dom iaitu bekas pegarah Kementerian Pendidikan . Kami berharap keputusan ini tidak dibuat oleh mereka untuk tujuan menghantui pemikiran pelajar," katanya.

Bagi Dema, selaku Pengurus Kolej mereka perlu memikirkan motif perbuatan tersebut serta memahami sebab-sebab pelajar tidak menghormati pemimpin dan bukan membuang kolej kerana cara ini tidak dapat menyelesaikan masalah.

Jika ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan bertatasusila , pihak Kolej perlu menerima pandangan dengan sikap terbuka, kata Dema.

Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.

sumber

5 comments:

  1. Akhlak rosak ni susah nak dibetulkan kalau pembangkang memberi sokongan

    http://wubra.blogspot.com/2012/09/kit-siang-akan-maafkan-kalau-orang.html

    ReplyDelete
  2. Dema ni DEMAM agaknya... daripada membarah, baik singkir saja... umur pun dah 19, kalau diikut, boleh guna Akta Hasutan dah dakwa MahaSewel ni...
    -Mengikut biar berakal, menurut biar pintar-

    ReplyDelete
  3. bolehlah di maafkan kalau sampai bapa dia pun nk jumpa DS najib (sepatutnya bapa dia jumpa Anwar ludah muka barua tu)...tapi buang koleh tetap kena buang sebagai peringatan kpd yg lain..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

    ReplyDelete