BILA MELAYU,CINA DAN INDIA BERSATU DESAK KERAJAAN NEGERI TUNAIKAN JANJI !
Selepas
penduduk Apartmen Mentari Court mengadakan demostari aman dua minggu
lepas untuk menuntut pampasan air percuma dari kerajaan Selangor, hari
ini sekali lagi kerajaan Selangor mendapat desakan bagi tujuan yang
sama.
Kira-kira
300 orang penduduk Apartmen Lavender Vista hari ini tampil membuat
tuntutan yang sama, menerusi JMB dan Persatuan Penduduk Lavender Vista.
Wakil
penduduk, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid
Ibrahim menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor
dengan mengumpan memberikan air percuma.
“Pada
pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas
dan DAP melalui slogan Selangor Bersih, Maju Dan Berkebajikan telah
berjanji untuk memberikan air percuma kepada seluruh rakyat di negeri
Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.
Malangnya,
selepas diberikan mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka
lupa pada janji mereka. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20
meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan Selangor hanya sekadar
melepaskan batuk di tangga.
Tambahnya,
pengguna meter pukal seperti di flat kos renah, pangsapuri dan
kondominium kini masih mengigit jari dan kempunan untuk menikmati air
percuma ini, hanya kerana tidak mempunyai meter individu dan ini hanya
alasan untuk mengelak dari menanggung kesilapan pentadbiran kerajaan
Pakatan Selangor dalam memberi janji.
“demostrasi
secar aman yang dilakukan penduduk di pangsapuri Lavender Vista,
Kinrara Puchong hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap
sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan
pemberian air percuma dan sebagai rakyat Selangor, kami tetap menuntut
janji yang telah diberikan tanpa ada alasan lain untuk mengelak dari
membayarnya.
Kami
tidak akan berhenti menuntut janji ini kerana janji tetap janji kerana
kami telah pun memberi undi kami dulu kepada kerajaan Khalid dan
sekarang kami menuntut janji tersebut,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment