Mungkin kerana terlalu seronok dan mahu dianggap sebagai seorang yang pemberani, anak muda ini telah melakukan sesuatu yang sebenarnya amat bertentangan dengan budaya di negara ini. Budaya sebegini hanya dibawa oleh kaum pemprotes pada zaman Hishamuddin Rais, malah budaya sebegini hanya diperkenalkan dan dimasyhurkan apabila Hishamuddin Rais sudah berada di negara ini.
Barangkali Hishamuddin Rais
terlalu memuja budaya Barat yang lepas bebas dan tidak mementingkan
agama dan kesopanan, maka diajarkannya budak-budak muda yang sentiasa
berdarah panas agar berasa bangga dengan perbuatan menjolok mata
sebegitu rupa.
Pada masa yang sama, para
pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Khalid Samad, cuba menegakkan dan
menghalalkan perbuatan yang dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat
di Dataran Merdeka pada malam Ambang Merdeka dengan cubaan menyalahkan
puak-puak UMNO dan Barisan Nasional yang sebelum ini telah mengencingi
gambar Mursyidul Am PAS dan Anwar Ibrahim selain memijak gambarnya
sendiri.
Namun, dia tidak pula menceritakan
bahawa perbuatan balas yang dilakukan oleh mereka yang kelihatan seperti
penyokong UMNO-BN itu dibuat selepas Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan
barisan kepimpinan Pakatan Rakyat Perak memijak gambar tiga orang bekas
ADUN DAP dan PKR yang melompat parti.
Sekarang,
di Facebook, sudah ada gerakan yang mahu memburu anak asuhan
Hishamuddin Rais yang menunjukkan lubang juburnya kepada gambar Najib
dan Rosmah. Dan beberapa siri ketidakpuasan hati berhubung gelagat
puak-puak Pakatan di Dataran Merdeka pada malam itu, telah mula
didedahkan.
Adakah Anwar Ibrahim dan Pakatan
Rakyat akan mengambil jalan singkat dan mudah dengan menuduh semua yang
berlaku itu hanyalah sabotaj PDRM dan UMNO seperti dalam insiden-insiden
lain yang memalukan Pakatan Rakyat?
Teringat Cabburitur Dong di Stadium Kelana Jaya 2008 dulu...jilat...jilat...jilat sambil tunjuk ponggung pada penyokong-penyokong PAS dan PKR. Last-last kena belasah oleh pak-pak lebai PAS. Perangai sosialist dan pengamal seks bebas liwat memang suka tunjuk ponggong.
ReplyDeleteMAG ; kali ni patut pak2 lebai tu jilat pula punggung budak tu sebelum kasi kat Anwar...heheh
Delete