Friday, September 21, 2012

KERAJAAN PENCURI

Pernah dengar ada kerajaan menguruskan pentadbiran negeri dengan menggunakan hasil wang curi..???



Syarikat Khalid Ibrahim Curi Air Syarikat Rozali

Thursday, 20 September 2012



Permusuhan antara Khalid Ibrahim dengan Rozali Ismail (Syabas) bukan perkara baru. Sejak berada dalam dunia korporat lagi Khalid tidak berpuashati dengan Rozali berpunca daripada saingan perniagaan.

Apabila dilantik sebagai MB Selangor Khalid menggunakan kedudukkannya untuk menekan , memalukan serta mengaibkan Rozali dengan menggunakan isu air di Selangor.

Khalid cuba berpura-pura untuk menjadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor dan Rozali dijadikan bahan kutukan dan cacian melampau di kalangan orang-orang Pakatan Rakyat.

Khalid boleh berlagak hero rakyat di mata orang ramai, tetapi ramai pegawai-pegawai kerajaan di pejabat MB, pejabat tanah dan PBT semasa pemerintahan BN tahu belang Khalid yang sebenar.

Semasa berada di Guthrie Khalid pernah datang berjumpa dengan MB Selangor ketika itu, Dr Khir Toyo , untuk Guthrie dikecualikan dari membina rumah rakyat berpendapatan rendah di tanah-tanah yang dimajukan Guthrie di sekitar Subang (sekitar Lebuh Raya Guthrie).

Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan BN yang memerintah Selangor ketika itu untuk pemaju yang memajukan tanah melebihi 10 ekar, pemaju perlu menyediakan 30 peratus tanah tersebut untuk pembangunan rumah kos rendah. Khalid datang jumpa Dr Khir Toyo untuk meminta pengecualian daripada membina rumah kos rendah kerana tidak menguntungkan Guthrie.

Hari ini Khalid cuba nak jadi hero rakyat kononnya untuk menurunkan tarif air di Selangor, sedangkan hakikat yang sebenar untuk membalas dendam kesumat terhadap Rozali yang dipendam sekian lama.

Setelah bertahun-tahun Khalid memalukan Rozali, hari ini satu berita yang mengejukan dilaporkan di akhbar yang sungguh memalukan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim.

 
NST 18.September.2012

NST hari melaporkan berita tentang bagaimana sebuah anak syarikat Kerajaan Selangor, PKNS Infra akan diheret ke mahkamah kerana terlibat mencuri air sejak bulan Marchdengan jumlah yang telah dicuri mereka RM 211,300.00.

Syarikat kerajaan negeri itu mencuri air untuk pembangunan Bukit Botak

Jika sebuah kerajaan negeri gagal mendidik anak syarikat mereka untuk mengamalkan budaya-budaya murni, bagaimana mereka hendak mendidik rakyat untuk menjadi baik ?

Setiap kali penjenayah ditembak polis, maka PKR akan muncul ke depan untuk mempertahankan penjenayah. Lama kelamaan orang tidak takut lagi dengan jenayah kerana ada pihak yang akan membela mereka. Hari ini sebuah anak syarikat kerajaan negeri PKR mencuri. Mereka tidak takut ditangkap atau didakwa kerana mereka tahu tindakan mereka akan direstui oleh kerajaan PKR.

Apa yang terjadi ini semuanya berpunca daripada budaya-budaya yang tidak baik yang ditunjuk dan diajar oleh PKR selama ini. Selama ini rakyat telah diajar oleh PKR untuk berlawan dengan Sultan, berlawan dengan Raja, berentap dengan polis, benci-membenci sesama bangsa dan sebagainya. Lama kelamaan perkara-perkara yang tidak baik akan menjadi amalan dan merebak. Jangan sampai satu hari nanti anak-anak naik kaki ke kepala ibu bapa hasil dari budaya biadab yang diajar oleh PKR.

Sumber : Selangor Daily

sumber

No comments:

Post a Comment