Friday, September 7, 2012

SABAH BUAT NAJIB STRESS!!!

Sabah masih berbisa....?????


Masih kah Sabah "Fixed Deposit BN"?

Musa dan Najib
PEMBANGKANG berusaha agar Sabah tidak lagi menjadi "Fixed Deposit" BN. Atas sebab itu berbagai isu sejarah dibangkitkan.
Parti STAR misalnya mengutarakan "Hak Sabah" dengan membangkitkan "Perkara 20", manakala SAPP membangkitkan antara "Kemerdekaan" dan "Pembentukan" negara.
PKR pula bertindak bagaimana mempengaruhi pemimpin BN untuk melompat dan seterusnya menyokong mereka.
Selain itu secara kolektif Pembangkang "membuat" serangan peribadi terhadap Ketua Menteri Sabah- Musa Aman, kononnya terlibat dengan pengubahan "Wang Haram" dan mendapat komiseyen hasil pembalakan negeri.
Namun semua usaha Pembangkang itu tidak berimpak. Kita menyaksikan sendiri selama bulan puasa lepas dan sambutan rumah terbuka hari raya.
Rakyat dari berbagai lapisan berdoyon-doyon datang ke setiap majlis berbuka puasa ataupun rumah terbuka para pemimpin BN.

Najib melihat sendiri bagaimana sambutan rakyat Sabah. Di dua lokasi berbeza pada hari yang sama, ribuan rakyat datang ke majlis yang dihadiri Najib.

Dalam politik; sokongan diperlihatkan oleh sambutan rakyat. Jika sambutan sungguh hebat, ertinya semua isu yang ditabur pembangkang tidak mempengaruhi mereka.
Berasaskan maklumat di lapangan, sambutan rakyat terhadap semua majlis anjuran pemimpin BN pada tahun ini sungguh luarbiasa berbanding tahun-tahun sudah.
Kehadiran rakyat yang luarbiasa terhadap majlis-majlis pemimpin BN seolah-olah "roadshow" rakyat terhadap kerajaan BN Sabah.
Berasaskan kepada sambutan rakyat itu, maka tidak syak lagi pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Razak mengakui bahawa sokongan rakyat Sabah terhadap BN disebabkan kepimpinan negeri yang diterajui oleh Musa.
Di bawah kepimpinan Musa, hubungan erat dan persefahaman antara Sabah dan Putrajaya terus kukuh dan mantap.

Melihat keadaan akhir-akhir ini, tidak syak lagi Sabah tetap "Fixed Depsoit" BN.  Sepertimana kata-kata Speaker Dewan Undangan Negeri-Datuk Salleh Said, lawatan Najib menjadi pendorong kepada sokongan rakyat Sabah terhadap BN. 

1 comment:

  1. Tapi bro... kehadiran rakyat ke sesuatu majlis keramaian yg ada makan minum dan digerakkan oleh pelbagai pihak tdklah boleh dijadikan sandaran.
    Kerisauan kita adalah pengundi2 yg senyap dan membantah bilamana tibanya masa PRU13... Sebagai pemerhati di Boneo ini, mmg benar byk isu yg perlu diselesaikan.
    malah ini juga yg berlaku di Sarawak... berani sy katakan Masyarakat pribumi kini makin jauh dan tawar hati dgn BN....
    Risau, kalau hal ini tak ditangani dgn baik, 2 negeri yg dikatakan fixed deposit... akan hilang.

    ReplyDelete