Thursday, September 6, 2012

REZEKI BERTUDUNG DAN MULUT BAIK

Dia bertudung dan mulutnya sebaik niatnya menutup aurat. Alhamdulillah rezekinya murah...



Diana Amir, antara artis wanita yang cun yang telah mengenakan hijab.

Artis-artis seperti ini kami lihat sering diajukan soalan-soalan yang agak sensitif mengenai penampilan mereka sekarang oleh wartawan-wartawan hiburan.

Terbaru, ketika Diana Amir hadir pada majlis pelancaran filem Salam Cinta, Diana telah meluahkan beberapa perkara yang terbuku dihatinya kepada Buahmulut.com.

Diana Amir memberitahu bahawa beliau sering tertanya-tanya mengenai orang yang tinggi ilmunya tetapi bersikap sombong. Menurutnya lagi, walaupun ilmunya tinggi, tidak semestinya orang itu sempurna.

Kami tidak pasti pula kepada siapa hala tuju persoalan tersebut dilontarkan. Adakah kepada rakan artisnya yang telah berhijrah itu? Ataupun sekadar penghayatan watak dalam filem yang dilakonnya...

Sebelum anda meninggalkan bacaan ini dengan persoalan yang bermain diminda masing-masing, apa kata layan dulu wajah-wajah ayu Diana Amir yang cun berhijab ini.

Terima kasih Buahmulut.com.


sumber

No comments:

Post a Comment