Thursday, September 6, 2012

MASUK UMNO SEBAB MULUT BAIK!!!

Dia tahu mulut dia terpelihara dari maki hamun, fitnah dan caci-mencaci. Memang orang sebegini amat sesuai dengan sebuah parti yang memperjuangkan hak rakyat, bangsa Melayu dan agama Islam...UMNO!!!!


Pemain skuasy Azlan Iskandar sertai Umno...

Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerah borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.“Penyertaan ini adalah dari saya sendiri dan tidak dipengaruhi siapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi,”Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Segambut, Datuk Kamarudin Ambok, berkata, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam Umno terutamanya golongan profesional.

“Pihak Umno tidak menawarkan apa-apa, kerana penyertaan Azlan ini atas dasar dia sendiri mahu berkhidmat dalam Umno. Jadi saya harap ia dapat menjadi ikutan golongan muda.

sumber

No comments:

Post a Comment