Saturday, September 8, 2012

LAYAK KE PEGAWAI PEJABAT TANAH BERI NASIHAT...?????

Nasihat ulamak pun dilongkangkan, jadi atas dasar apa "Melayu-Melayu mudah lupa" ni nak dengar nasihat walaupun dikategorikan ikhlas dari mereka yang bukan ulamak..?????





Menurut laporan portal PAS Perak, pemimpin Pas Perak bersetuju akan meneruskan dasar pakatan semasa 11 bulan memerintah negeri Perak termasuk pemberian tanah dengan status 999 tahun kepada penduduk cina di kampung baru kerana dasar itu akan memberi impak yang baik terutama persahabatan dengan pemimpin cina DAP Perak dan Pas Perak.

Pas Perak menjangkakan  sokongan rakyat terutamanya kaum cina negeri Perak terhadap Pakatan Rakyat meningkat jika Pakatan meneruskan pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk cina.

Sungai Rapat Online cuba untuk menghubungi seorang pegawai di pejabat tanah negeri Perak bagi mendapatkan penjelasan tentang keadaan yang sebenar berlaku ketika 11 bulan rejim DAP memerintah negeri Perak.
Kesan 11 bulan pemerintahan DAP Perak masih ada membenarkan peneroka haram menetap terus
di atas tanah yang diterokanya

Menurut pegawai daripada pejabat tanah, "Status pemberian tanah 999 tahun umpama memberi hakmilik kekal dan jika ini diteruskan  kerajaan negeri Perak akan mengalami kerugian yang amat ketara kerana cukai tidak dapat dinaikkan sehingga 1000 tahun akan datang".

"Sebelum ini tidak ada mana-mana negeri atau negara yang memberi tanah dengan status 999 tahun kepada rakyatnya supaya perancangan terhadap tanah yang diberi dapat disusun semula. Jika diberi status 999 tahun, itu katanya seolah-olah memberi hakmilik kekal sedangkan yang tinggal di kampung baru ada yang memegang kad pengenalan warna merah", katanya lagi.

Tambahnya, "rakyat kita sendiri pun masih tidak ada tanah mana boleh kita luluskan kepada rakyat dari negara lain. Kita kena ada simpanan tanah untuk rakyat Malaysia juga".
Mereka semua ini tidak boleh diharap untuk menjaga kepentingan orang Melayu
Jika kerajaan DAP meneruskan pemberian tanah kepada penduduk cina di perkampungan Kg Baru cukai tanah dan peracangan pembangunan tidak dapat disemak semula sehingga 999 tahun, kata pegawai pejabat tanah.

Sebelum ini kebiasaan yang dilakukan oleh kebanyakan kerajaan negeri adalah pemberian tanah yang berstatus 60 tahun sahaja supaya cukai tanah dapat disemak semula dan ini akan memberi pulangan yang bermakna kepada kerajaan negeri, kata pegawai pejabat tanah.

Menurut beliau lagi, semasa pemerintahan rejim cina DAP yang berbonekakan Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar mereka, pejabat tanah telah dihujani oleh 40,000 pemohonan hakmilik tanah 999 tahun dari kalangan penduduk cina kampung baru sedangkan rejim DAP Perak baru 3 bulan memerintah negeri Perak. Ini menunjukkan betapa rakusnya DAP Perak untuk mengaut semua sumber dalam negeri Perak untuk bangsanya.

Sepanjang 11 bulan pemerintahan rejim DAP Perak, pejabat tanah diseluruh negeri Perak telah diarahkan menerima 60,000 permohonan daripada penduduk di kampung baru dengan kira-kira 80 peratus kaum Cina dan permohonan status tanah yang perlu diproses hakmilik 999 tahun dengan segera, itu tidak termasuk permohonan oleh peneroka haram cina yang juga diarahkan untuk diproses segera.

Pejabat tanah umpama bursa saham berbagai ragam kaum cina yang datang berseluar pendek dan ada yang bercakap secara kasar kononnya negeri Perak mereka yang punya. Berbagai herdikan dan cemuhan dari ketua kampung baru supaya permohonan mereka segera diproses dan diketika itu kami teringat bahawa "Perak sudah pun musnah dimana anak cucu kami akan berteduh jika semua permohonan ini diluluskan, terdetik dalam hati saya, kata pegawai pejabat tanah.

Exco tanah ketika itu Nizar Jamaluddin telah mengarahkan semua pejabat tanah segera memproses permohonan mereka tetapi enggan menjawab bila ditanya di dalam Dewan DUN. Diketika itu kami nampak pemimpin Pas umpama burung terkukur hanya mengangguk sahaja dengan arahan pemimpin DAP Perak. Kami mengharapkan pemimpin Pas akan membela orang Melayu tetapi ternyata mereka lebih takutkan pemimpin DAP.

Tetapi nasib masih menyebelahi kita terutama orang Melayu dinegeri Perak kerana rejim DAP Perak berjaya ditumbangkan selepas 11 bula bermaharajalela dan akhirnya pejabat tanah kembali normal kerana semua permohonan berstatus 999 tahun dimansuhkan walaubagaimana pun banyak juga yang berjaya diluluskan kerana tekanan yang amat dashyat dari pemimpin pakatan rakyat termauk Pas sendiri.

Sungai Rapat Online telah melakukan rondaan di kawasan yang menjadi tumpuan peneroka haram cina sewaktu 11 bulan pemerintahan dan masih terdapat lagi kesan-kesan penerokaannya.



Diakhir perbualan dengan pegawai pejabat tanah, beliau  menasihatkan kepada rakyat negeri Perak terutamanya orang Melayu perlu bertindak lebih bijak untuk memilih parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu. Jangan lakukan kesilapan kali kedua atau cuba-cuba tukar pemerintah, kerana kesilapan yang sedikit mengundang bala bencana yang begitu lama dan ada yang tidak mampu diharungi.

Pilihlah parti Barisan Nasional kerana kita akan lebih hidup dalam keadaan aman damai, hidup lebih terjamin tanpa syak wasangka  dengan pemerintahan mereka, kata-katanya diakhir perbualan

No comments:

Post a Comment