Pertahan Model Biadap… Sekali Lagi DAP Tunjuk Belang Perkauman
Tindakan DAP yang menghantar peguam hanya untuk membela model
wanita yang memijak gambar Perdana Menteri dan Datin Rosmah Mansor baru-baru
ini memperlihatkan satu tindakan yang bercanggah dengan kenyataan mereka selama
ini, bahawa DAP merupakan parti kepada semua kaum dan bukanlah parti untuk satu
kaum sahaja.
Menurut Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain, perkara ini bukanlah satu perkara
yang mengejutkan kerana bagi beliau, sememangnya sikap DAP cuba untuk
berselindung di sebalik kenyataan mereka sebagai satu parti multiracial sedang
hakikat sebenarnya tidak.
“Bagi saya, DAP lebih teruk dari Pas, biarpun Pas mempergunakan
agama untuk kepentingan politik mereka. Bagi saya DAP merupakan parti yang
paling rasis yang masih wujud dalam negara kita ini. Tindakan mereka membela
model wanita itu saja sudah cukup untuk mengesahkan kenyataan ini. Jika betul
mereka parti yang berbilang bangsa dan bukan untuk satu kaum saja, sepatutnya
budak Melayu itu juga mereka perlu
bela,” tegasnya di sini hari ini.
Biarpun katanya, ada yang
berhujah dengan mengatakan bahawa UMNO juga merupakan satu parti bersifat
perkauman, namun bagi beliau jelas hari ini, UMNO bertanding dan membuat
keputusan di atas kapasiti Barisan Nasional (BN), di mana ianya akan mengambil
kira kepentingan semua kaum di negara ini.
“Memang UMNO merupakan parti yang berasaskan kaum Melayu, namun
segala tindakan yang dilakukan oleh UMNO, mahupun untuk bertanding di dalam
pilihanraya adalah di atas bendera BN yang mana turut dinaungi oleh parti-parti
kaum lain.
“Jadi tidak timbul isu rasis dalam UMNO kerana setiap perkara yang
perincikan atau sebarang keputusan yang diambil mesti berdasarkan kepentingan
semua pihak berdasarkan hak-hak masing-masing sepertimana yang termaktub di
dalam perlembagaan negara,” tegasnya lagi.
Tidak seperti DAP, biarpun bertanding atas nama Pakatan
Pembangkang, namun DAP tetap bertanding di atas benderanya sendiri dan membuat keputusan dengan lebih memikirkan
soal hak-hak mereka terlebih dulu dan
kemudiannya barulah memikirkan hak dan kepentingan orang lain.
“Apa yang ingin saya katakan kepada rakyat khususnya kaum
Cina, janganlah terpengaruh dengan
lakonan DAP yang berlakon seolah-olah sebuah parti multiracial sedangkan
hakikatnya mereka tetap mempertahankan prinsip rasis di dalam senyap.
“DAP bagi saya bukanlah sebuah parti yang layak untuk
memperjuangkan nasib rakyat di negara ini, khususnya kaum Cina apatah lagi jika
kita lihat daripada hiraki kepimpinan parti tersebut, ia lebih kepada sebuah
parti yang berasaskan kepimpinan dinasti anak beranak yang dikuasai oleh Lim
Kit Siang dan Karpal Singh,” ujar beliau lagi. GPRS-Online
No comments:
Post a Comment