Wednesday, September 5, 2012

HASRAT ABBY TERCAPAI, DR ASRI SUDI TERIMA ..????

Malangnya Abby, bukan setakat merasakan dia telah suci dari dosa, malah merasa di dadanya penuh dengan ilmu agama yang mungkin automatik mengisi ruang dadanya sebaik mendaftar diri jadi ahli PAS. Semua akan dilanggarnya sekira tidak sehaluan dengan PAS!!! Mungkin Abby patut menjadikan Dr Asri sebagai salah seorang guru dia...???


'Pukulan' Terbaru Dr Asri Terhadap Abby. Jom Baca..

Dr. Asri Kepada Abby: Ilmu Agama Penting Sebelum Memberi Pandangan…

 Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.

Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.

“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”

Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”

Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”

A.S kata, Nampak sangat si Abby ni seorang yang jahil tapi nak tunjuk pandai.
Lebih baik diam dari berkata-kata wahai Abby.. 

sumber

1 comment:

  1. Pendapat manusia yg digunakan Dr.. adalah berbentuk provokasi dan banyak ca bolih ra yg lebih mudah disampaikan.. ingat tentang kejadian rasul diprovok ... dan akan lahir dari si provok ini keturunan yg akan sentiasa provoke..walaupun ianya hebat dan benar...Tajuknya ialah provoke..
    Jadi tak hairanlah..ahlinya bertemu dan provoke antara satu sama lain....

    kita dengar dan taat... itu jalan selamat..!

    ReplyDelete