Saturday, September 8, 2012

BETULKAH AMMAR...????

Tak di pengaruhi mana-mana pihak...???Habis tu yang sanggup untuk menyertai himpunan Tunjuk Punggung tu atas dasar apa..??? Terserempak dengan gang gila tu dan tiba-tiba terus tanggal seluar dan tunjuk punggung...??? Biarlah lojik kalaupun tahu kerajaan Malaysia ni kerajaan pemaaf. Minta maaf tu biarlah ikhlas...!!!!


Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media dirumah keluarganya, sebentar tadi.

Ammar juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Tindakan Ammar yang telah mencetus kemarahan rakyat

No comments:

Post a Comment