Panas!!! Pengawal Anwar Ibrahim Mengacukan Pistol Kepada Rakyat Melaka Di Jasin
Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Ceramah Merdekanya terpaksa melalui
kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka petang
tadi. Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki
Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan
sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan
belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.
Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan
menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa
yang dia nak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan
senjata api untuk mempertahankan diri. Esok lusa apakah peluru dari
pistol berkenaan akan dilepaskan. PDRM disarankan agar menyiasat
kejadian berkenaan. Apakah lelaki di atas mempunyai lesen untuk membawa
senjata api?
No comments:
Post a Comment