PETALING JAYA 18 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran
pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap
melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang
pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas akan diberi nasihat
secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah
diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai
reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya
menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia
diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk
manusia menerima atau menolak.
"Tiada hukum atau undang-undang
di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang
menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik
Aziz pada 24 Ogos lalu.
Menurut Karpal seperti dipetik dalam
akhbar The Sun hari ini, hujah Mursyidul Am Pas itu tidak mempunyai asas
undang-undang selain tidak rasional kerana ia mengabaikan jangkaan awam
bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen, mesti selaras
dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Malah Parlimen juga tunduk
kepada Perlembagaan. Parlimen tidak boleh melulus atau mengiktiraf
undang-undang yang diluluskan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada Enakmen Kod
Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan Pas 19 tahun lalu.
Dalam pada itu, Karpal menolak dakwaan Nik Abdul Aziz kononnya hukum
hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana wujud bantahan dari
Kerajaan Persekutuan.
"Undang-undang seperti hudud adalah
terbatal penubuhannya. Persetujuan dari Kerajaan Persekutuan tidak serta
tidak boleh memberi apa-apa kuasa," tegas Karpal yang konsisten menolak
hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
"Pas
perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud
dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata," tambahnya.
Perdebatan dan perbalahan antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud
berterusan selepas isu itu kembali ditimbulkan Ketua Dewan Pemuda Pas
Pusat, Nasruddin Hasan baru-baru.
Bagaimanapun Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah menegaskan bahawa
pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak
mendapat persetujuan DAP dan hukum itu juga tiada dalam perancangan Buku
Jingga.
PETALING JAYA 18 Sept. - Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran pendirian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tetap melaksanakan hudud bakal memberi kesan tidak baik terhadap pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
"Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian terbaru Nik Abdul Aziz.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.
"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan," kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.
Menurut Karpal seperti dipetik dalam akhbar The Sun hari ini, hujah Mursyidul Am Pas itu tidak mempunyai asas undang-undang selain tidak rasional kerana ia mengabaikan jangkaan awam bahawa semua undang-undang yang diluluskan di Parlimen, mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Malah Parlimen juga tunduk kepada Perlembagaan. Parlimen tidak boleh melulus atau mengiktiraf undang-undang yang diluluskan Dewan Undang Negeri (DUN) yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya merujuk kepada Enakmen Kod Jenayah Syariah Negeri Kelantan yang diluluskan Pas 19 tahun lalu.
Dalam pada itu, Karpal menolak dakwaan Nik Abdul Aziz kononnya hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan kerana wujud bantahan dari Kerajaan Persekutuan.
"Undang-undang seperti hudud adalah terbatal penubuhannya. Persetujuan dari Kerajaan Persekutuan tidak serta tidak boleh memberi apa-apa kuasa," tegas Karpal yang konsisten menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.
"Pas perlu menerima realiti. Walaupun ia pahit, desakan agar hukum hudud dilaksanakan di Malaysia hanyalah retorik semata-mata," tambahnya.
Perdebatan dan perbalahan antara Pas dan DAP mengenai hukum hudud berterusan selepas isu itu kembali ditimbulkan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hasan baru-baru.
Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah menegaskan bahawa pakatan pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud selagi tidak mendapat persetujuan DAP dan hukum itu juga tiada dalam perancangan Buku Jingga.
No comments:
Post a Comment