Sunday, September 9, 2012

MENGAPA BAPA AMMAR PUNGGUNG TAK PERLU MINTA MAAF KEPADA DS NAJIB..????

Senangnya...anak tunjuk punggung masa tak sedar diri, nak tutup cerita, bapa yang minta maaf siap nak jumpa PM. Ramai lagi budak-budak yang sakit, tunggu masa nak mati tetapi sebelum mereka mati..ada yang teringin sangat nak jumpa PM. Ada yang dapat jumpa PM, ada yang cuma dapat jumpa  orang kanan PM sahaja.


Bapa Ammar Punggung tak perlu jumpa dan minta maaf dari DS Najib,cukup sekadar  dia pergi ludah muka Anwar kerana merosakkan anak dia...




Bapa mohon maaf anak hina Perdana Menteri

BATU PAHAT 5 Sept. - Bapa kepada pelajar kolej swasta, Muhammad Ammar A. Rahman, 19, yang terlibat dalam perbuatan menghina pemimpin negara pada malam ambang merdeka baru-baru ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kelakuan biadab anaknya itu.
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia juga berhasrat bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk memohon maaf secara peribadi.
Katanya, dia amat menyesali tindakan anaknya itu dan masih terkejut dengan apa yang berlaku.
"Hati saya seperti mahu luruh apabila mendapat tahu tentang perbuatan anak saya itu. Setahu saya, Muhammad Ammar tidak terlibat dalam mana-mana parti politik.
"Mungkin dia terpengaruh dengan rakan-rakan atau dipergunakan pihak tertentu. Sepatutnya, dia lebih menumpukan masanya terhadap pelajaran," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar serta beberapa individu dipercayai peserta Himpunan Janji Bersih mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan Rosmah selain mengibar bendera selain Jalur Gemilang.
Muhammad Ammar bagaimanapun ditahan semalam untuk diambil keterangan manakala 10 individu lain masih diburu kerana kesalahan sama.
Menurut A. Rahman, polis memaklumkan anaknya itu dibebaskan kira-kira pukul 10 malam tadi namun sehingga 3 petang ini dia masih tidak dapat menghubungi Muhammad Ammar.
Dalam pada itu, dia turut menasihatkan anak muda lain tidak mudah terpengaruh dengan rakan- rakan atau mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam serta masa depan sendiri.
Pada masa sama, A. Rahman memuji tindakan dan kerjasama semua pihak dalam menangani insiden itu dan berharap anaknya insaf serta mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment