Tak kiralah PENYELARAS apapun, belajaq-belajaqlah hormat kat Pengerusi JKKKP @ Ketua Kampung tak kiralah Pengerusi JKKKP tu sebulu atau dua bulu dengan mana-mana IDOLA penyelaras...KENA PROFESIONAL!!!! Buruk atau Jahat mana sekalipun Pengerusi JKKKP, dia tahu segenap ceruk kampung dia. Dia tahu tang mana T-rex berteloq dan berapa biji teloq dia, tang mana JIN dok bertendang dan waktu mana dok mula merasuk, ceruk mana HANTU RAYA dok menyakat dan sapa tuan dia dan pokok mana pulak LANGSIAQ @ LANGSUIR dok hinggap dan muka sapa dia selalu dok merupa. Itulah kelebihan Pengerusi JKKKP yang tak ada pada mana-mana penyelaras!!!
Jadi bila penyelaras masuk kampung ATOQ MAJLIS tanpa tabik kat Pengerusi JKKKP, tambah-tambah lagi menggunakan khidmat bukan orang tempatan, yang NAYA ialah KETUA BAHAGIAN yang tak tau apa-apa. Macammana tak NAYA, PENYELARAS terbawa LANGSIAQ yang MEROPA masuk majlis. Terkejut KETUA BAHAGIAN tiba-tiba kena MENGUSIK. Macammana pulak tak MENGUSIK.... LANGSIAQ tu MEROPA jadi AHLI PKR... macam-macam dia USIK. Tapi nasib baik KETUA BAHAGIAN pun ADA ISI jugak, kalau dak mau HISTERIA kalau TAK KOMA pun terkejut dengaq LANGSIAQ MENGILAI!!!
Bila jadi lagu tu, PENYELARAS takpalah....buat-buat BODOH PILAH sambil dok PIKIAQ macam mana nak HEMPUK benda ni atas kepala PENGERUSI JKKKP. Yang tak elok dia, imej KETUA BAHAGIAN tercemarlah sebab dah kena MENGUSIK. Apalah orang kampung kata, KETUA BAHAGIAN pun boleh kena MENGUSIK, Pengerusi JKKKP tak buat kerja ka...tak tau ka yang masuk majlis tu LANGSIAQ???? PENYELARAS janganlah pulak dok bubuh TAIK atas Pengerusi JKKKP kata Pengerusi JKKKPlah punca LANGSIAQ dan kaum kerabat dia MENGUSIK dalam majlis sebab bukanlah salah Pengerusi JKKKP sebab Pengerusi JKKKP tak tau apapun...yang MENGATOQ tu PENYELARAS yang MAHA BIJAKSANA dan MAHA TAU SEMUA!!!!
PENYELARAS-PENYELARAS beringatlah....kita nak BAGI KETUA BAHAGIAN KITA MENANG KA NAK BAGI DIA KALAH...kalau nak bagi dia kalah, senang saja buatlah perangai macam tu selalu...Tunjuk kata PENYELARAS ni hebat...tau semua ceruk kampung. Kalau nak bagi KETUA BAHAGIAN menang, merendahlah diri kat Pengerusi JKKKP bila nak buat majlis kat tempat depa sebab yang paling baguih atoq orang kat kampung depa mestilah depa bukan orang luaq!!!
Kita ada konsep pengagihan kuasa. Dari Presiden parti, Ketua Bahagian turun sampai Pengerusi JKKKP. Terbaik...ikutlah!!!!
Kalau tak boleh jugak, nak tunjuk HEBAT SANGAT...PENYELARAS kalau GILA KUASA SANGAT, PECATLAH semua PENGERUSI JKKKP...jimat belanja kerajaan...boleh bayaq PENYELARAS gaji sama dengan PM sebab kadang-kadang PENYELARAS NI pun RASA DEPA MACAM PM DAH KOT!!!
No comments:
Post a Comment