Monday, January 2, 2012

TUNGGU LAGI...AMBIL TINDAKANLAH....

Jelas penceritaan blogger-blogger ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pasukan polis dan berharap akan berlaku huru-hara.  Ambil tindakanlah...jangan tengok saja!!!

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.


Polis nafi bertindak keras



SEBAHAGIAN pelajar diarah baring ketika membuat demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.



TANJUNG MALIM 1 Jan. – Polis menafikan menggunakan kekerasan ketika meleraikan kira-kira 70 pelajar yang menyertai perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, awal pagi ini.
Dalam demonstrasi itu dua pelajar cedera, apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal apabila kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, dakwaan beberapa laman blog kononnya penuntut berkenaan dipukul dan ditendang polis sehingga patah tulang dan gigi adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, tuduhan yang mengatakan bahawa polis membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semata-mata untuk menggunakan kekerasan bagi meleraikan perhimpunan tersebut juga adalah fitnah.
“Seramai 67 anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim ditugaskan seawal pukul 5 petang untuk mengawal keadaan di UPSI tanpa melibatkan mana-mana anggota polis dan FRU dari luar.
“Malah, polis juga cuba berunding dan menasihatkan kumpulan penuntut itu supaya bersurai namun tidak diendahkan. Saya ingin ulangi, polis tidak menggunakan sebarang bentuk kekerasan terhadap mereka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Tanjung Malim hari ini.
Beliau mengulas tindakan sekumpulan pelajar melibatkan pelbagai institusi pengajian tinggi tempatan dan swasta yang berhimpun di UPSI sejak pukul 1 pagi ini.
Difahamkan, perhimpunan haram itu dibuat bagi membantah tindakan tatatertib yang diambil ke atas pelajar UPSI, Adam Adli Abd. Halim yang menyertai demonstrasi SMM di ibu negara baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, pihaknya menahan seramai 17 pelajar termasuk seorang pelajar perempuan kerana enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk bersurai.
Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 145 kerana berada di dalam satu perhimpunan haram dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan di atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam.

No comments:

Post a Comment