Friday, January 20, 2012

ADA LAGI KA MACAM NI...

Yang banyak berjasa hatta kerana sebiji bola takraw sekalipun pasti akan lekat di hati...



CERITA SEORANG BUDAK DENGAN SEORANG YB UMNO/BN...SUATU KETIKA DAHULU...


Ada seorang brader yang aku kenal. Dia ni dari Perlis. Dan dia ada cerita mengenai "dirinya dengan seorang YB" yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama, terutamanya mereka-mereka yang rasa nak jadi calon BN atau "winnable candidate" pada PRU 13 ni...

Brader ni tinggal di Bohor Mali, Perlis. Dulu masa kecik-kecik, seorang YB ADUN yang bernama Shahidan Kassim pernah datang ke kampungnya untuk solat terawikh.

Kebetulan masa tu beliau baru saja jadi MB Perlis dan kebiasaannya akan bersolat tarawikh di 30 masjid di sekitar Perlis sehingga tamat Ramadhan.

Masa tu, brader ni baru darjah 6. Biasa la..bebudak mana la serius sangat solat terawikh ni. Main je banyak kat saf belakang...

Sekali tu...budak ni terpandang Shahidan pergi ke kereta dan bukak bonet belakang. Tersembul biji mata bebudak ni tengok banyak bola yang ada dalam bonet kereta tu...

Apa lagi..budak tu pun buat muka sekupang...terus mintak bola dari Shahidan...

"Uuuiii..banyaknya bola...bagi la sebijik kat kami, bola kami dok main kat padang tu dah nak rosak dah..dah teruk..boleh dak pakcik?" kata salah sorang budak tu (brader tu la masa kecik).

Shahidan kata bola tu semuanya dah ada orang yang punya. Tapi, Shahidan tanya bebudak tu dok kat kampung mana, sekolah kat mana dan dok main bola kat padang mana sambil berjanji akan hantar sebijik kat depa...

Bebudak tu pun bagitau la Shahidan. Lepas bagitau lokasi padang bola depa dok main tu, terus bebudak tu blah. Budak-budak tu dok berbisik...

"Elllehhh..janji konon...tarak nak hantaq la bola tu. Bohong ja kuat tu..tak caya tunggu esok!" kata salah sorang dari depa...

Esoknya pun seperti biasa setiap petang..depa pun main bola kat padang tu. Tetiba, ada sorang brader naik motor datang kat padang bola tu. Dia tanya bebudak tu sapa yang mintak bola kat Shahidan kat masjid semalam?

Budak tu pun ngaku la depa yang mintak. Memang betul pun, Shahidan hantar sebiji bola untuk budak-budak tu! Heh! Dalam kepala depa..terus terbayang muka Shahidan yang depan mintak bola malam tu...

Hakikatnya, story tu kekal dalam kepala bebudak tu sampai sekarang. Dan Shahidan kekal dalam hati depa sampai sekarang...heh!

Aku nak tanya...ada tak lagi YB yang bersikap macam Shahidan ni kat tempat korang?


4 comments:

  1. Cerita nie mengeingatkan kembali kesah Khalifah Islam ,Umar...sungguh menusuk dinurani.

    Lah nie YB2 dah banyak yang lupa mereka tu PETUGAS RAKYAT...asyik memuaskan tembolok mereka je..kalau hang dari golongan yang ada klass mungkin adalah pertimbangan , kalau dah macam Saiful tu , karlak....depa buat tak reti je ,butakan mata dan pekakkan TELINGA.

    ReplyDelete
  2. sgray...nak bg rakyat ingat UMNO..senang sj...bantulah walau perkara kecik sekalipun...i/Allah rakyat akan ingat tapi kalau asyik dok kencing rakyat...malanglah nasib!!!!

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Bro,

    DS SHAHIDAN KASSIM dh kata akan beri jersi kepada pasukan bola kampung tu kalau masih ada... dia komen dalam FB dia... http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=235638533183415&id=100002118095603&notif_t=feed_comment_reply

    Bagitau kat dia... :)
    tq!

    ReplyDelete
  4. Mohon panjangkan maklumbalas DS Shahidan untuk tindakan lanjut pemilik laman ini. Beliau berbesar hati dengan pengkisahan semula ini.

    Untuk rekod, berikut adalah sebahagian daripada komen² beliau di Facebook:
    - "PERINGAT SAYA ATAU BAGI SEMUA PARTICULARS UNTUK SAYA FORWARD PADANYA"
    - "KALAU PASUKAN TERSEBUT MASIH ADA SAYA AKAN BAGI SET JERSI PULA"
    - "MUNGKIN PA BOLEH CARI ANAK MUDA TERSEBUT DIMANAKAH BELIAU BERADA SEKARANG INI"
    - "SERONOK SAYA.."

    Boleh sms terus kepada beliau 0195788888..
    atau berhubung melalui wall FB beliau:
    https://www.facebook.com/profile.php?id=100002118095603
    atau melalui wall FB Ketua Penerangan Pemuda UMNO Perlis:
    https://www.facebook.com/profile.php?id=1527628159
    atau inbox kepada FB saya:
    https://www.facebook.com/atiefs

    Sekian, Salam hormat.

    ReplyDelete