Saturday, January 7, 2012

SEPATUTNYA SESIAPA YANG ANJUR HURU-HARA HARUS DIAMBIL TINDAKAN

Sesiapa sahaja yang cuba cetuskan huru-hara wajib dikenakan tindakan sebagai pengajaran. Jika tidak, keamanan negara akan sentiasa bergolak dan tergugat!!



Pelajar sokong "Bebas Anwar 901": Perkasa buat laporan polis

06/01/2012 4:46pm

SHAH ALAM 6 Jan. — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang didakwa menghasut penuntut IPTA supaya menyertai perhimpunan penyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur Isnin ini.
Laporan polis yang dibuat Pengerusi Perkasa Bahagian Petaling, Zainal Abidin Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menggesa polis menyiasat kenyataan penuntut terbabit yang dipaparkan dalam laman blog “Revolusi Habib”.
"Dalam laman blog itu, pelajar terbabit mengajak rakan-rakannya dari IPTA yang sama untuk berkumpul dan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai tanda sokongan terhadap kempen bebaskan Anwar, dalam kenyataan bertarikh 3 Jan. lalu.
"Selain itu, terdapat kenyataan yang seolah-olah mengutuk tugas polis dan mendakwa PDRM (Polis Diraja Malaysia) dijadikan alat kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini.
Zainal Abidin berkata, kenyataan penuntut itu dalam blog miliknya bukan sahaja menjatuhkan imejnya sebagai pelajar tetapi turut mencemarkan imej pusat pengajian terbabit.
Zainal Abidin berkata pihaknya turut mengesan sejumlah dana disumbangkan oleh seorang Exco Selangor bagi membiayai beberapa aktiviti yang dilakukan penuntut terbabit. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment