Thursday, January 26, 2012

UNDI NAJIB DAPAT HABUAN...UNDI ANWAR DAPAT 'HARUAN'..!!!

Fikirlah sendiri




1,246 nelayan Kuala Kedah terima elaun sara hidup

25/01/2012 3:47pm

ALOR SETAR 25 Jan. - Golongan nelayan atau pihak lain di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah yang layak menerima bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi nama mereka tercicir, diminta membuat rayuan bertulis kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk dipertimbangkan semula.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah memberi jaminan setiap orang yang layak menerima BR1M akan mendapatnya kerana ia adalah hak mereka yang dijanjikan kerajaan oleh Barisan Nasional (BN).
"Pemberian BR1M akan dilaksanakan 14 sesi lagi. Serahan pertama kepada seramai 1,677 orang dibuat 20 Januari lalu.
“Hampir 30,000 orang dalam Parlimen Kuala Kedah disenarai layak menerimanya. Tarikh akhir pemberian ialah 16 Mac ini," katanya yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pertanian Parlimen Kuala Kedah.
Beliau menyerahkan elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 seorang bagi bulan ini kepada seramai 1,246 nelayan di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment