Monday, January 23, 2012

BARU FAHAM...TERIMA KASIH ANGIN PERUBAHAN...!!

Jenuh juga dok fikir apa yang DAP marah sangat kat MCA...




Tahun Baru Cina: DAP Kena Sindir Dalam Video

Ekonomi Malaysia tahun 2012 dijangka stabil. Ketika beberapa buah negara eropah dilanda kemelesetan ekonomi, ekonomi Malaysia masih lagi bertahan dan rakyat masih lagi menikmati apa yang sewajarnya mereka dapat. 
Semuanya adalah kerana kepakaran mengurus ekonomi makro oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Belum pernah ada dalam sejarah semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah layak mendapat bantuan RM500 secara sama rata dan sama rasa oleh kerajaan.  Ini bukti rakyat didahulukan oleh kerajaan.
28 Januari 2012, Perdana Menteri akan menyambut Tahun Baru Cina bersama masyarakat Tionghua di Sitiawan. Bertandang ke kubu kuat DAP tersebut tentunya merimaskan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta turut dirasai oleh Kit Siang. Apa pun ketika perayaan Tahun Baru Cina akan disambut, DAP terasa begitu sensitif sekali dengan sindiran dan teguran. Paling terbaru adalah mereka terasa dengan video yang diterbitkan oleh MCA.
Satu video yang dipercayai dikeluarkan MCA  membayangkan bahawa DAP hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji-janjinya. Memang benar pun, DAP hanya pandai bercakap sahaja. Isu isu pendidikan, kebajikan dan bahasa semuanya sudah diselesaikan oleh MCA. 
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah mendapat RM100 juta hasil usaha MCA. Sekolah persendirian telah diberi bantuan overhead kos sebanyak RM2,000 sebulan, juga hasil usaha MCA. Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) juga titik peluh MCA. Apa DAP buat?
mca chinese new year advertisement 190112 3
Video itu bermula dengan memaparkan sebuah keluarga yang bertutur berbahasa Cina,  sedang sibuk membersihkan rumah mereka sebagai persediaan menyambut Tahun Baru Cina.
Ia memaparkan dua orang lelaki yang nampaknya seperti adik-beradik.

Lelaki yang muda memakai baju merah putih, manakala yang seorang lagi memakai baju putih berkolar biru.

Kebetulan, baju putih berkolar biru adalah baju seragam parti MCA untuk lelaki, manakala merah dan putih adalah warna DAP.

Dalam video itu, adiknya kelihatan banyak bercakap dan banyak memberi arahan, manakala abangnya sibuk membersihkan rumah. Memang betul pun, hari ini dalam parlimen memang DAP bercakap kosong sahaja.

mca chinese new year advertisement 190112 4Tidak sabar dengan sikap adiknya itu, lelaki berbaju kolar biru itu  kedengaran berbisik: "Hah, hanya pandai bercakap, tetapi tak pernah bertindak. Akhirnya, saya yang terpaksa buat kerja awak."
Seorang wanita - mungkin ibu mereka - muncul menghantar sebuah baldi berisi air dan sehelai kain mencuci kepada lelaki muda itu, seolah-olah mengatakan yang dia juga perlu membantu mencuci rumah tersebut.


Sejurus selepas ibu berlalu, lelaki muda itu beredar meninggalkan abangnya seorang sahaja melakukan kerja tersebut.

"Tak mengapalah, jika kamu tidak mahu buat kerja, biarlah saya yang buat," keluh abang itu sambil mengambil baldi dan meneruskan kerja membersihkan habuk plak anugerah dan sijil pujian yang tergantung di dinding.

Kenapa DAP hendak terasa kalau mereka sudah buat kerja yang terbaik untuk rakyat? Mereka terasa kerana mereka hanya cakap sahaja. Pihak MCA yang buat kerja patut diberikan kredit oleh rakyat. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. Selamat Tahun Baru Cina.


No comments:

Post a Comment