Tuesday, January 31, 2012

PENYELARAS OH PENYELARAS...

Terlalu banyak penyelaras bukanlah suatu kesempurnaan, kadang-kadang lebih menyusahkan kerana bukan semua boleh  jadi penyelaras. Penyelaras seharusnya bertanggungjawab melancar dan melicinkan tanggungjawab Ketua Bahagian terutamanya dalam menyelesaikan sebarang permasalahan rakyat!

Penyelaras seharusnya seorang yang merendah diri, simpan ego mereka dirumah tatkala berurusan dengan masyarakat, ahli UMNO dan siapa sahaja!   

Masalahnya ialah apabila Penyelaras berlagak seolah-olah Ketua Bahagian, malah kadang-kadang merasakan diri lebih berkuasa daripada Ketua Bahagian! Buat kerja sesuka hati dan mementingkan kroni sambil mengenepikan Pengerusi JKKKP. Semua peringkat marah. Yang tidak faham akan menyalahkan Ketua Bahagian! Pengundi menjadi meluat, musuh sekerat dua kini menjadi segunung!

Untuk itu JKKKPKSS mengucapkan terima kasih kepada PENYELARAS PARLIMEN dan semua PENYELARAS DUN KUALA KEDAH. Tanpa meminggirkan sesiapa, mereka TERJAH setiap ceruk dalam Bahagian Kuala Kedah demi untuk membantu masyarakat. Walaupun ada yang tak berapa menyukai MEREKA tapi apa yang penting adalah MEREKA suka semua orang. Sumpah dan kata nista ditelan untuk dibawa balik ke rumah. Itulah PENYELARAS yang sebenarnya, menyelaras kehendak rakyat demi kepentingan Ketua Bahagian dan PARTI!

No comments:

Post a Comment