Sunday, January 8, 2012

DARI DALAM HATI TERUS KE MULUT...

Barangkali itulah yang terdetik di hati penyampai berita ini apabila memberitakan isu berkaitan idola beliau. Mengapa sahaja tidak tersasul sebagai banduan???Semakin difikir atau semakin diidam, maka muncullah apa yang difikir atau apa yang diidam sama ada dalam mimpi atau secara halusinasi...



GEMPAR! TERSASUL SEBUT ANWAR, PEMBACA BERITA TV3 MINTA MAAF





SHAH ALAM - Sementara nama Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sebutan banyak pihak menjelang hari penentuan kes liwat beliau esok, pembaca berita TV3, Nur Jamalina Jamali atau Jay memohon maaf kerana tersilap menyebut nama Ketua Pembangkang itu, seolah-olah merujuknya sebagai perdana menteri, ketika menyampaikan berita Buletin Utama, malam tadi.


"Saya ingin memohon maaf tersasul ketika Buletin Utama sebentar tadi. Tidak disengajakan," kata Jaya Jamalina yang mesra dikenali sebagai "Jay" menerusi mesej Twitter malam tadi.


Beliau memohon maaf ekoran kritikan beberapa pihak.


Bagaimanapun, sebahagian besar pengikut dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan menerima permohonan maaf itu sambil menyifatkan ia bukan sesuatu yang disengajakan.- Sinar Harian.

sumber

No comments:

Post a Comment