Wednesday, January 25, 2012

DAP PENING BERTERUSAN!!!!

Hebat....dan diharap sokongan yang berterusan demi anak cucu semua rakyat Malaysia kerana hanya BN yang mampu melakukan KEADILAN buat semua KAUM dalam ertikata yang sebenar!!!!



Najib tiba di P. Pinang sambut rumah terbuka Tahun Baru Cina

24/01/2012 5:26pm

GEORGETOWN 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pulau Pinang untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional negeri di Tanjung Marina Bay di sini.
Perdana Menteri bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada pukul 5.20 petang dan disambut oleh pemimpin BN Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusinya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Sambutan ketibaan Perdana Menteri itu dimeriahkan dengan paluan gendang, tarian naga dan singa.
Turut menyambut Perdana Menteri ialah Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan; Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung dari pukul 5 petang hingga 7 malam itu ialah Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia, Datuk Seri M. Kayveas dan Pengerusi MIC, Datuk P. K Subbaiyah.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew turut hadir pada majlis itu, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang daripada pelbagai kaum, termasuk pelancong asing. - BERNAMA







Guan Eng tentu terkejut kehadiran begitu ramai rakyat ( 10 ribu )  terutama pengundi Cina 
di  Rumah Terbuka anjuran BN P.Pinang ...




 BN masih lagi mendapat tempat di hati rakyat P.Pinang 


slogan menarik BN P.Pinang untuk pengundi Cina negeri ini iaitu 
"Najib untuk Dasar Kesederhanaan @ Najib For Mederation "







Majlis itu dihadiri Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN negeri.







No comments:

Post a Comment