Thursday, January 5, 2012

BODOH MACAM ANU....

Sudah-sudahlah diperguna dan diperbodohkan oleh ANUAR IBRAHIM selama ini!!!! Ketika sedap  ada dia ingat rakyat???Cuma bila dah terdesak barulah bercerita tentang perjuangan rakyat!!!



Rakyat hakim negara

APA sahaja sumber yang ada digunakan. Kalau ada cacing dan ulat batu, boleh dikerah, pasti dikerah. Misinya adalah untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim jika didapati bersalah di mahkamah pada 9 Januari ini atas pertuduhan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Sekali lagi sebagaimana senario 1998 dan 1999, rakyat diheret kepada isu moral peribadi. Sendiri melakukan salah laku moral, rakyat yang akhirnya dipalit. Ketika ‘sedap’ diulit nafsu, lupa rakyat tetapi apabila tiba hari penentuan di mahkamah, rakyat mahu dijadikan keldai. Belum pernah dalam sejarah dunia, ada pemimpin mahupun tokoh pembangkang yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri dan nafsu peribadi.
Kempen Bebaskan Anwar 901 yang digerakkan oleh ketua pembangkang itu bersama PKR dengan dibantu DAP dan beberapa NGO antiperlembagaan, semakin rancak persiapannya.
Kemuncaknya adalah hasutan dan siri demonstrasi liar yang bertujuan mewujudkan kekecohan di ibu negara. Semua penyokong Anwar telah diberi motivasi agar lawan habis-habisan. Maka jangan terkejut jika Kuala Lumpur bermandi darah kerana itulah juga matlamat tersirat agar dapat menarik perhatian dunia dan menampakkan pihak berkuasa Malaysia kejam. Sekali lagi, warga kota akan ditimpa kesusahan dan aktiviti mencari rezeki, perniagaan dan pelancongan di Kuala Lumpur akan terjejas teruk.
Kini Anwar dan jawatankuasa penganjur menjaja slogan Rakyat Hakim Negara. Poster mengenainya bersepah-sepah diedarkan di Lembah Klang. Anwar seperti menjangkakan dia akan bersalah. Dari awal lagi beliau sudah memperlekehkan hakim dan mahkamah. Itu sindrom penafian untuk melindungi diri. Awang senyum meleret. Sebenarnya golongan rakyat yang beliau harapkan menjadi hakim nanti, ialah penyokong PKR dan pembangkang dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Anwar mahu eksklusiviti dalam kesnya sahaja. Mana boleh! Ribuan lagi kes liwat dan rogol selama ini, juga wajar diserahkan kepada rakyat untuk membuat penentuan.
Tetapi Awang suka apabila Anwar mengambil pendekatan seperti itu. Tahun 2011 sudah cukup bagi rakyat menjadi hakim negara dalam menilai siapa sebenarnya beliau. Seperti tahun-tahun sebelumnya Anwar masih enggan bersumpah laknat di dalam masjid bagi menafikan pembabitannya dalam kes liwat sedangkan Saiful telah lama berbuat demikian. Dalam perbicaraan kes liwat itu juga, Anwar memomokkan mahkamah dengan memohon berpuluh-puluh penangguhan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Beliau juga kerap memburuk-burukkan imej Malaysia termasuk ketika melawat negara asing, daripada isu batik hinggalah kepada ekonomi. Beliau yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kebebasan, juga memalukan pembangkang apabila enggan memberi keterangan bersumpah di mahkamah.
Dalam kes rakaman video seks yang mengaitkan beliau bersama pelacur, Anwar enggan melakukan sumpah laknat. Beliau membuat penafian tetapi bukti-bukti berkaitan cukup jelas. Video tersebut yang mencetuskan kegemparan pada tahun ini disahkan ketulenannya oleh pakar di Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sehingga hari ini, Anwar masih gagal menjawab misteri ke manakah jam tangannya dan tempoh dua jam yang beliau ‘hilang’ daripada interaksi di laman sosial Twitter dan Facebook.
Tahun 2011 turut menyaksikan Anwar mencatat rekod dunia sebagai pemimpin pembangkang paling banyak ke luar negara. Bayangkan berapa banyak wang yang terpaksa dibelanjakan untuk tambang pesawat, hotel dan lain-lain yang gayanya bertaraf pemimpin sesebuah negara? Berapa banyak masa pula terpaksa dihabiskan di luar negara sehingga gagal memberi perhatian penuh kepada tugasnya sebagai wakil rakyat di Permatang Pauh, penasihat ekonomi Selangor malah juga PKR sehingga mengakibatkan parti itu berantakan dan kian lemah?
Keghairahan Anwar banyak ke luar negara memperlihatkan secara tidak langsung bahawa beliau cergas, boleh berjalan malah ada kalanya berlari anak di lapangan terbang. Maka dakwaan kononnya beliau tidak mampu melakukan aktiviti yang agak lasak termasuk seks, adalah meragukan. Selain itu, timbul persoalan untuk apa beliau kerap ke luar negara, apakah ada kaitan dengan aktiviti kurang sihat, yang juga menjadi misteri.
Senario yang Awang bentangkan ini sudah cukup menarik untuk kita semua sebagai hakim menilai beliau. Kepada kebanyakan rakyat, Anwar berdepan isu moral dan pembohongan yang serius. Itulah yang cuba ditutup oleh PKR. Terbaru ada pemimpin parti itu sanggup menyamakan Anwar dengan Imam Mahadi. Betapa terdesaknya mereka mahu menyelamatkan Anwar. Sebenarnya tidak sukar bagi rakyat untuk menjadi hakim kepada isu dan kes beliau. Bangkitlah rakyat. Sampai bila kita mahu diperbodohkan oleh orang yang sama berulang kali - hanya kerana angkara nafsunya. Cukuplah.



No comments:

Post a Comment