Paling tak tahan ...bodek pulak Nik Aziz yang suka maki = 'FATHERLY....Wan Azizah kaki kencing= 'MOTHERLY'....
TAWARAN JINGGA: MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN AWAM NEGARA
NABI Muhammad s.a.w bersabda;
“ Mereka (kakitanganmu) adalah saudara
(adik beradik) mu, Allah menempatkan mereka di bawah kelolaanmu;
sehingga sesiapa mempunyai saudara di bawah kelolaannya maka harus
diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi
pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan
mereka dengan tugas berat di luar kemampuan, dan jika kamu
membebankannya dengan tugas seperti itu, hendaklah kamu sendiri
membantu mereka.” (HR. Muslim)
Saya ditugaskan berdiri di sini untuk membentangkan Kertas Jingga Tawaran Pakatan Rakyat berkaitan Perkhidmatan Awam Negara.
Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan skim SBPA ditangguhkan.
Pengumuman ini dibuat sehari sebelum
Konvensyen Pakatan Rakyat di mana Kertas Jingga kita telah mencadangkan
bukan sahaja SBPA ditangguhkan tetapi digubal semula!
Nampaknya Kertas Jingga kita telah dapat dikesan oleh PM.
Tahniah kita ucapkan kepada seluruh
kakitangan awam atas kejayaan mereka menangguhkan pelaksanaan skim yang
akan melebarkan lagi jurang pendapatan di kalangan kaki tangan awam
negara ini.
Selain tidak dirundingi secara lebih
menyeluruh, SBPA benar-benar memberikan penekanan kepada lapis atas
sektor perkhidmatan awam dan tidak memberikan pembelaan sewajar dengan
kenaikan beban hidup kepada 80% lagi kaki tangan yang dimmasukkan dalam
kategori pelaksana.
Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia
Ke-10 (RMKe-10), 40 peratus daripada rakyat negara ini tergolong dalam
kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Kira-kira 75 peratus daripadanya ialah keluarga Melayu/Bumiputera
merangkumi keluarga kakitangan awam yang kononnya dibela oleh Kerajaan
UMNO-Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia
yang hidup merana. Layanan terhadap golongan rakyat tersebut yang
diberikan Kerajaan UMNO-BN dapat disifatkan umpama melukut di tepi
gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.
Jika kita merujuk kepada data terkini
Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), 5.3 juta pekerja dengan 92
peratus daripadanya adalah ahli aktif menerima gaji bulanan tidak
melebihi RM5,000. Dengan kata lain, hanya 8 peratus daripada golongan
pekerja, termasuk kakitangan awam yang berada dalam kategori
berpendapatan melebihi RM5,000. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa
34 peratus daripada tenaga kerja masih dibayar kadar RM700 sebulan,
bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah
paras kemiskinan. Kakitangan awam juga berdepan dengan situasi
sedemikian.
Gaji yang bertepatan dengan keperluan
kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau
kemewahan yang dituntut oleh kakitangan awam, tetapi satu konsep hak
asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia.
Prinsipnya adalah seharusnya menepati maksud hadis yang saya bacakan tadi.
Bahawa setiap manusia wajar menerima
upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman,
makanan, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan
gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan
persepsi Kerajaan UMNO-BN yang memandang remeh kehendak rakyat, termasuk
kakitangan awam yang begitu asasi, seolah-olah rakyat menagih dan
meminta sedekah.
Hasilnya, sama seperti mahasiswa yang
dibelenggu dengan hutang PTPN, kakitangan awam negara kita sebenarnya
turut terbelenggu dengan perangkap hutang.
Kerajaan Kelantan pada asasnya
bersetuju, Insyaallah jika PR mentadbitr Putrajaya, royalti petroleum
yang terhak kepada Kelantan akan dibayar dan semua pinjaman PTPN rakyat
Kelantan bermula sejak 2005 akan dijelaskan.
Saya telah mendengar ucapan Dato Seri
Anwar Ibrahim menjelang 901 yang menyebut PR akan menyemak semula
kedudukan PTPN seluruh negara jika PR menguasai Putrajaya.
Di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900. Sebagai contoh:
Tangga Gaji Bagi Skim N(Pentadbiran & Sokongan):
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Prinsip mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara.
Prinsip lain ialah Pakatan Rakyat
mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau
‘seniority’ bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah
sepadan.
Elaun khas profesional akan ditetapkan
bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti
jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya.
Pakatan Rakyat akan menghentikan
serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding
antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan
kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan
kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan.
Tindakan membuka jawatan penting
kerajaan kepada lantikan luar juga membuktikan bahawa Perdana Menteri
tidak mempunyai kepercayaan kepada kakitangan awam untuk melaksanakan
agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga
profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan melibatkan
syarikat perhubungan antarabangsa seperti APCO dan FBC.
Oleh kerana kertas ini disediakan untuk
memberikan pandangan PR terhadap SBPA, izinkan saya melanjutkan sedikit
ulasan saya mengenainya.
Kakitangan awam kategori Jawatan Utama
Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada
peringkat permulaan gaji berbanding SSM. Meskipun kumpulan pengurusan
premier hanya mempunyai 36 orang di negara ini, tetapi Kumpulan Premier 1
mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini
hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya
menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.
Sebahagian kakitangan juga menuduh SBPA
tidak menghargai kakitangan yang bekerja lama atau warga tua. Sebagai
contoh, selepas kenaikan tangga gaji skim SSM kepada skim SPBA,
kakitangan awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan kakitangan
awam A, masalah sama juga berlaku kepada kakitangan awam C gred gaji N1
yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada
kakitangan awam A. Padahal kakitangan awam C sepatutnya layak menerima
lebih kenaikan berbanding kakitangan awam A. Oleh sebab peningkatan
gaji bergantung kepada peratusan daripada pokok gaji, ini menyebabkan
peningkatan gaji kakitangan awam yang rendah tidak mendapat peningkatan
yang ketara apabila dilakukan kenaikan daripada SSM kepada SBPA.
Mengambil gaji guru sebagai contoh, perbezaan peratusan kenaikan gaji
bagi guru di bawah SBPA sangat ketara. Guru DG44/DG1-2 cuma mendapat
kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu daripada RM2,982.99
kepada RM2,985 selepas menukar daripada SSM kepada SBPA. Nilai ini
terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6
sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94%), daripada RM5,167.64 kepada
RM7,025.00.
Penelitian kami menunjukkan bahawa
pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang
tidak adil. Tambahan juga, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati
gaji yang sama. Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji
bulanan RM2509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan
guru P1T9 sebanyak RM2615 sebulan.Jika dihayati ucapan Perdana Menteri
semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1)
dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun
ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4). Tapi
mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun ke-9 atau
menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan
pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di
DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ ke DG1-4.
Pengumuman penangguhan SBPA oleh PM
membuktikan terdapat begitu banyaknnya kelemahan dalam skim ini.
Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar
menelitinya?
Pakatan Rakyat mencadangkan bukan
sahaja SBPA ini ditangguhkan bahkan satu tawaran alternatif berasaskan
prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam dibentangkan
dalam tempoh 60 hari dari tarikh konvensyen ini.
Selain dari itu, satu jawatankuasa
mengkaji Akta Pekerja yang dicadangkan oleh Kerajaan BN di mana ia lebih
menyebelahi majikan berbanding kakitangan terutama kaki tangan kontrak.
Sewaktu menyiapkan kertas ini, kami
juga menerima permintaan dari kakitangan MAS yang merasa tidak puas hati
dengan kedudukan mereka ekoran ‘share swapping’ antara Air Asia yang
mempunyai kakitangan yang sedikit berbanding pesawat dan MAS di mana
kaki tangannya lebih besar dengan nisbah pesawat yang lebih kecil.
Di samping itu, dari maklum balas yang
kami terima, lebih dari 50% kakitangan awam memihak kepada PR kerana
mereka merasakan PR lebih ‘fatherly and motherly’. Simbol ‘fatherly’ PR
ada pada tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan tokoh ‘motherly’ seperti
Dato Seri Dr. Wan Azizah. Sementara dinamisma yang diperlukan oleh
perkhidmatan awam ada pada tokoh seperti YAB Lim Guan Eng.
Dengan itu, PR mempunyai kelebihan bagi
memberikan tawaran yang lebih bertepatan dalam rangka meningkat mutu
perkhidmatan awam kita yang sebenarnya menjadi kunci ‘delivery and
perfomance’ Kerajaan.
Dengan saiz perbelanjaan mencecah 28.7%
dari Belanjawan 2012 atau jumlahnya RM 52 billion, seharusnya mutu
penyampaian perkhidmatan awam mestilah sangat tinggi dan cemerlang.
Sekian
Husam Musa
Konvensyen Pakatan Rakyat
14 Januari 2012
No comments:
Post a Comment