Wednesday, January 4, 2012

JANGAN BUAT HAL...

Jangan lepas kena buang kerja, menangis-nangis nak masuk juga pejabat...



Penjawat awam jangan terlibat demonstrasi 901

04/01/2012 5:49pm

KUALA TERENGGANU 4 Jan. - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penjawat awam di negeri ini agar tidak melibatkan diri dengan demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901” yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Beliau berkata, penjawat awam yang didapati terlibat dengan demonstrasi ini akan dikenakan tindakan disiplin.
“Demonstrasi yang dirancang penyokong Anwar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pakatan pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara seolah-olah mereka tidak mempercayai proses perundangan dan keadilan melalui mahkamah.
"Ini satu perkara yang tidak harus berlaku dan inilah trend yang dilakukan oleh pembangkang,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, ini bukan satu cara yang betul dan ia sepatutya diserahkan kepada hakim untuk membuat keputusan melalui keadilan mahkamah, katanya.
Penganjur kempen itu merancang mengadakan demonstrasi pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusan mengenai perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment