Wednesday, January 18, 2012

PEMBEBASAN ANWAR....KONSPIRASI SEBENAR BARU BERMULA...

Benarkah Anwar hanya boleh menjadi PM melalui UMNO...Apabila Anwar menjadi PM, PAS tidak lagi boleh mempertikai dan memburukkan Anwar kerana Kes Liwat 2 telah membuktikan Anwar langsung  tidak bersalah dan PAS sendiri yang telah mempertahankan bahawa Anwar memang tidak bersalah.


Usaha burukkan UMNO-Kadir jangan seperti anjing tersepit!

Wednesday, January 18, 2012



Buruk  perangai bila tidak berjawatan!
KADIR Sheikh Fadzir makin menggila,salakannya semenjak bergelar Timbalan Presiden Amanah dan mengiringi Anwar di Mahkamah Tinggi baru-baru ini makin menjadi-jadi dan beliau sudah mula lupa diri,asal usul serta maruah yang UMNO dan kerajaan berikan padanya.Cakapnya sekarang sudah macam orang mabuk todi.Apa dosa UMNO padanya hingga sanggup beliau khianati?
Kadir bukan pejuang tulen.Beliau pejuang yang penuh dengan tamak haloba.Perjuangan yang hanya mengejar pangkat serta kedudukan.Setelah terpelanting dari kelompok kepimpinan UMNO dan memastikan adiknya menang Ketua Bahagian,kerana tamak halobanya,beliau mula mengadu untung nasib di tangan parti pembangkang dan hari ini diangkat menjadi badut untuk menyerang UMNO,kerajaan dan PM Najib.
Tidak cukup memuja Anwar,hari ini beliau mengambil upah untuk menelanjangi UMNO dan kerajaan,terbaru beliau menuduh kononnya kerajaan membeli undi untuk menang pilihanraya,kerajaan tidak telus dan berbagai-bagai lagi tomahan bagi menghasut rakyat dan dalam masa yang sama,beliau ingin menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang suci bersih dan tidak pernah terlibat dalam politik wang serta menyalahgunakan wang kerajaan.Kalau mahu menipu pun berpada-padalah!Dasar bangsa tidak mengenang budi!Madu UMNO bagi tapi racun Kadir balasnya!
Ternyata Kadir boleh dumpamakan seperti anjing yang mendapat habuan tulang daripada pembangkang dan digongongnya tulang itu ke mana sahaja serta sanggup berbuat apa sahaja kerana beliau mengaku baik dan rapat dengan Anwar dan tuan kepada anjing-anjing yang berkeliaran seperti ini adalah pembangkang yang kononnya yakin boleh menumbangkan kerajaan.
Kita tidak tahu apa tujuan Kadir Sheikh Fadzir ini, tanpa malu alah berusaha sedaya mungkin memalukan UMNO dan kerajaan yang pernah beliau pimpin serta sertainya.Cara Kadir naik pentas pembangkang menghina perjuangan UMNO seolah-olah parti UMNO tidak pernah berjasa kepadanya,seolah-olah menjadikan beliau bekas pemimpin yang merempat dan hidup bagai seorang peminta sedekah.
Kadir ternyata bekas pemimpin UMNO yang paling kurang ajar serta biadap.Menggunakan tiket bekas Menteri dan Ketua Bahagian UMNO,beliau mengambil kesempatan melemparkan tuduhan demi tuduhan dan fitnah terhadap parti ini dan antara petikan yang paling tidak bermaruah sebagai menteri yang mengangkat sumpah adalah :-

`Bekas menteri persekutuan daripada Umno hari ini mendakwa wang yang digunakan pada kempen pilihan raya lalu adalah untuk membeli undi, satu taktik yang dikenali sebagai “bom dengan menjelaskan mengalami pengalaman itu sendiri dengan memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.

Ubat luput tarikh seperti Kadir yang digunakan oleh pembangkang ini boleh menjadi racun kepada rakyat sekiranya mereka menelan bulat-bulat apa yang Kadir dakwa ini.Pembangkang cukup bijak kerana berjaya meracuni pemikiran ahli politik yang tamak haloba seperti Kadir ini untuk menjadi tali barut mereka.
“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,” katanya  di Persidangan Perancangan Strategik Malaysia 2012 di sini.
“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi.”Beliau menambah secara peribadi tidak pernah menggunakan wang itu.
Berani Kadir bersumpah laknat bagi membuktikan beliau tidak pernah terlibat dalam politik wang?Tidak pernah beli undi untuk menang Ketua Bahagian?
Kadir berkata semasa beliau masih memegang jawatan dalam Umno, beliau mahu mengingatkan mereka tentang “Amanah Merdeka” — yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil. 
Bersih dan adil bagaimana yang Kadir maksudkan sedangkan semua orang tahu bagaimana beliau menggunakan segala-galanya termasuk helah politik untuk menyekat Ketua Pemudanya Azimi Daim supaya kalah pilihanraya.Apa yang beliau faham tentang amanah sedangkan sewaktu beliau memegang jawatan Menteri,banyak amanah rakyat yang beliau khianati.
Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.
Ikhlas apa yang Kadir maksudkan hingga beliau terpaksa mengosongkan kerusinya sebagai Menteri apabila Tun M buat rombakan kabinet dan tidak menyenaraikan semua beliau dan bagi mengelak malu,beliau meletak jawatan.Kadir tahu mengapa Tun M mahu memecatnya?
 “Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah. Jika anda berada di sana untuk menggunakan jutaan ringgit untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya mempunyai bilion ringgit dan saya akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka saya akan gunakan semua tipu helah ini. 
Kadir selamat kerana diselamatkan oleh proksinya.Kita akan dedahkan nanti berserta dengan dokumennya sekali.
Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.
“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar,” katanya. “Selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan — kerajaan pembuli besar.” 
Kadir pengkhianat UMNO!
Andainya Kadir mahu menunjukkan beliau telus kenapa tidak diluluskan lesen TV ataupun radio kepada pembangkang sewaktu beliau menjadi Menteri Penerangan dan berkuasa ataupun kenyataan ini adalah sekadar memancing PAS supaya menerima beliau sebagai ahli PAS dengan harapan dapat buat `come back' dalam politik negara?
Tuduhan Kadir ini cukup liar dan paling tidak bertanggungjawab.cara beliau bercakap seolah-olah mahu memberikan keyakinan kepada pembangkang untuk menerima beliau tanpa rasa ragu dan curiga.Beliau sanggup menggigit UMNO,beliau rela menjadi tali barut kepada satu gerakan pembangkang yang berusaha untuk menang pilihanraya dengan cara kotor serta keji.Rupanya begini wajah dan perangai Kadir dalam meniti hari-hari tuanya dan dalam UMNO serta kerajaan tidak ada pun jasa beliau yang boleh kita banggakan kecuali fesyen bow tienya sahaja.
Supaya diterima pembangkang beliau sanggup berbohong,beliau sanggup merekayasakan fitnah dengan tujuan mengaibkan partinya dan kita tidak tahu apa pandangan adik beradiknya seperti Aziz Sheikh Fadzir dan Musa Sheikh Fadzir yang sedang memegang jawatan dalam UMNO ketika ini.Aziz Sheikh Fadzir adalah Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Bharu dan juga ahli MKT  UMNO manakala Musa Sheikh Fadzir yang selama ini lantang termasuklah menyerang Nur Jazlan,Pengerusi Uda merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam.Bolehkah atau mereka menerima dan bersetuju segala tuduhan Kadir ini?
Sepatutnya alam usianya yang sedang menunggu mati ini, Kadir membuktikan bahawa beliau bukan seorang manusia yang jenis mengenang budi,seorang pemimpin yang istiqamah,bersyukur dengan segala yang ada,berterima kasih pada kerajaan dan parti tapi cara beliau bergerak hari ini seolah-olah mengharapkan ditawarkan semula oleh pembangkang untuk bertanding  di Parlimen Bandar Bharu Kulim.

Tinggi keyakinan Kadir kononnya pembangkang mampu tumpangkan kerajaan hingga beliau tergamak mencerca parti UMNO keramat orang Melayu ini.Pokok belum tumbang tapi kura-kura sudah berangan untuk menitinya.
Kita juga tidak tahu bagaimana manusia yang bernama Kadir Shiekh Fadzir ini boleh dipilih untuk menjadi Timbalan Presiden yang bersandarkan atas nama Amanah sedangkan seluruh orang UMNO di zamannya kenal hati budi,peel serta tingkah laku Kadir ini.Betulkah Kadir ini amanah orangnya?
Kalau beginilah sikap Kadir memang tidak salah lagilah beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar dan menyanjung pelanggan pelacur Cina dan pernah dipenjarakan kerana penyalahgunaan kuasa satu ketika dulu sebab kata bidalan orang-orang tua,hanya orang jahat sahaja mengenal yang jahat.
Kita bersedia untuk mendedahkan siapa di belakang yang mengaut untung hampir RM 20 juta  hasil penjenamaan semula RTM sewaktu Kadir mula-memegang jawatan Menteri Penerangan. Dan kita juga bersedia untuk membongkarkan apakah hubungan Naga DDB sebuah syraikat pengiklanan yang bermaharajalela sewaktu Kadir menjadi Menteri Pelancongan.
Dan kita tahu siapa yang menjadi proksi kepada segala kedudukan kewangan serta bagaimana beliau menjadi kaya raya malah kita juga bersedia untuk mendedahkan segala kebejatan moral Kadir semasa memegang jawatan dalam UMNO dan kerajaan termasuklah hubungan-hubungan peribadinya.Bila Kadir menyerang UMNO,menjadi kewajipan kepada orang UMNO untuk mempertahankannya dan mulut Kadir perlu ditutup supaya tidak mengeluarkan nafas yang busuk bagi mengaibkan parti keramat orang Melayu ini.
Kita beri kata dua kepada Kadir,seandainya beliau terus memfitnah UMNO, beliau perlu berdepan dengan segala pembongkaran tentang beliau,soal beliau sanggup menanggung malu atau tidak,itu terpulang..Gelanggang sudah dibuka,padang sudah sama rata.Kepimpinan ngo Amanah sepatutnya merasa malu kerana ada Tiombalan Presiden seperti ini.Ubat luput tarikh tempatnya hanya dilongkang.


2 comments:

  1. Assalam Bro

    Bongkar dan bogelkan aje manusia macam ni... biar semua rakyat tahu dan yang akan malu seumur hidup adalah keluarga dia nanti... Inilah dia Melayu haprak...

    ReplyDelete
  2. ajai62..apalah yg dia stim sgt kat anwar brahim!!!!

    ReplyDelete