Sunday, January 22, 2012

LAGI KISAH BENAR...

KISAH SEBENAR MENGENAI NFC YANG WAJIB DIBACA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!



Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja. 

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno , maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai. 

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur , maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno. 

Jika anda betul-betul memahami isu ini , ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang. 

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India , New Zealand dan Australia. 

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik , apa yang mereka buat kita pun tak tahu. 

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, dimana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu disana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu , sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka. 

Untuk mengatasi masalah status halal diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. 

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan. 

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka. 

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka. 

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Disini anda perlu faham , apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang, 

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI)  yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari , apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu ? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab. 

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka. 

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka. 

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Dimanakah lokasi yang mereka beli  ? Kondo di Bangsar dan di Singapura , serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak ? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka. 

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ? 

Nukilan terbaik dari RBF

No comments:

Post a Comment