Monday, January 16, 2012

DATO LATT SHARIMAN LAGI...

Dato Latt Shariman sekali lagi telah membantu penduduk Kota Sarang Semut. Kali ini melebar dan menyiapkan jalan masuk ke sebuah kampung. Untuk makluman, sebelum ini pelebaran jalan kampung tersebut tidak mendapat keizinan dari tuan tanah. Jadi walaupun JKKKPKSS telah mendapat peruntukan jalan tar tetapi tidak dapat menurap jalan tersebut kerana masalah yang telah dinyatakan.

Bagaimanapun, Alhamdulillah kali ini tuan tanah telah berubah fikiran, justeru itu JKKKPKSS telah berusaha dengan segera mendapatkan bantuan Dato' Latt Shariman, Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah bagi menjayakan perancangan melebarkan dan menaiktaraf jalan kampung tersebut.

Buat permulaan, Dato' Latt Shariman telah menyumbangkan tanah dan batu kasaran bagi membolehkan jalan tersebut di turap tar pada masa hadapan!

Terima kasih Dato' Latt Shariman kerana memahami permasalahan rakyat!!!












No comments:

Post a Comment