Wednesday, January 4, 2012

DAH TAK SAYANG ANU MASING-MASING....???

Tujuan Anwar Ibrahim menghasut rakyat membuat huru-hara pada 9 Januari 2012 nanti tidak lain tidak bukan adalah untuk menyelamatkan anu dia!!!... Dia kasihan akan ANU dia yang akan kegersangan terangguk sekor-sekor kat dalam sel Sungai Buloh nanti, Kalau Anuwar Ibrahim pun tahu kasihankan Anu dia jadi  jom pakat-pakat kasihankan anu masing-masing juga...


Kempen selamatkan diri Anwar




BELUM pun keputusan mahkamah mengenai pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan diumumkan, sudah ada gerakan dibuat untuk membebaskannya. Bagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, ANUAR SHAARI yang ditemui oleh Wartawan Mingguan Malaysia, MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Kempen Bebaskan Anwar 901, yang mengambil sempena tarikh keputusan mahkamah pada 9 Januari ini, adalah usaha terakhir Anwar untuk menyelamatkan diri dengan sekali lagi mengheret masyarakat ke jalanan untuk bersama dalam isu moral dan peribadi yang dihadapinya.
Bagi Anuar, ia hanya lagu lama yang didendang semula oleh Anwar untuk `mengumpan’ sokongan masyarakat yang semakin luntur kepadanya.
MINGGUAN: Sebagai orang yang pernah rapat dengan Anwar, apa helah sebenar Kempen Bebaskan Anwar 901?
ANUAR: Saya melihat kempen ini sebagai satu lagi tipu muslihat untuk mengalihkan tumpuan daripada kes yang beliau hadapi. Beliau masih belum didapati bersalah pun tetapi sudah diadakan satu kempen untuk membebaskanya. Ini satu perkara yang jelas tidak betul. Kalau kita susur kembali Free Anwar Kempen (FAC) yang pertama dahulu, banyak keraguan timbul terutama dari segi sumber kewangan. Saya tahu kerana saya terlibat dalam kempen tersebut dan banyak sumbangan daripada rakan-rakan dan NGO luar tetapi sehingga hari ini dana yang dikumpulkan masih tidak diketahui ke mana hilangnya.
Ketika itu masyarakat umum ramai yang terlibat dalam demonstrasi dan hadir mendengar ceramah-ceramah. Tetapi intipati sebenar program adalah untuk menyalahkan kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Keduanya, untuk menarik perhatian masyarakat luar bahawa beliau ialah seorang yang teraniaya.
Apakah tindakan Anwar melancarkan kempen sebegini boleh menyelamatkan dirinya lagi?
ANUAR: Saya tidak melihat Kempen Bebaskan Anwar 901 ini masih relevan. Ini kerana kini Anwar didakwa atas tuduhan liwat buat kali kedua. Saya melihat masyarakat semakin bijak menilai siapa Anwar yang sebenar seterusnya berfikir apakah perlu untuk berdemonstrasi di jalanan. Kalau kita lihat dalam keadaan sekarang, mood masyarakat untuk ke jalanan dan berprotes bersama-sama Anwar sudah semakin luntur. Itu sebabnya Anwar bersungguh-sungguh mahu menggerakkan kempen ini kerana beliau tahu masyarakat sudah semakin lari daripadanya.
Jika dahulu orang ramai turun atas alasan kesedaran kononnya Anwar dianiaya, kini masyarakat semakin bijak menilai berikutan pelbagai pendedahan termasuk melalui bukti-bukti semasa perbicaraan berlangsung. Kini sama ada beliau bersalah atau tidak, semuanya berlaku kerana perlakuan beliau sendiri.
Apakah mungkin peristiwa demonstrasi jalanan seperti 1998 akan berulang?
ANUAR: Saya fikir ia tidak akan seteruk sebelum ini melihat kepada kekuatan yang ada pada pihak keselamatan. Demonstrasi dan rusuhan perlu dibendung sejak awal kerana ia tidak baik untuk negara.
Kes liwat adalah kes peribadi dan ia tidak perlu dilibatkan sekali dengan masyarakat dan orang awam. Teori konspirasi juga hanya satu alasan yang bagi saya umpama lagu lama yang diputar kembali. Jika dahulu beliau kata semua pertuduhan adalah satu bentuk teori konspirasi kini sekali lagi beliau lagukan selepas Saiful Bahari membuat laporan polis mendakwa diliwat.
Saya juga percaya jika selepas ini berlaku lagi pertuduhan seperti ini, Anwar akan terus menyatakan ia satu lagi teori konspirasi. Inilah modalnya dari dahulu hingga sekarang, tidak ada modal lain. Justeru masyarakat perlu melihat perkara ini secara rasional. Kerajaan selama ini tidak pernah berlaku zalim terhadap Anwar bahkan dalam perbicaraan ini beliau telah diberi ruang secukupnya untuk membela diri. Malangnya beliau bertindak menangguhkan kes ini selama yang boleh. Saya rasa tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara lebih 60 kali penangguhan dipohon oleh tertuduh.
Anwar sememangnya dikenali sebagai seorang yang mahir dalam meraih simpati orang ramai. Boleh saudara kongsi pengalaman ini?
ANUAR: Bagi saya Anwar ialah seorang pelakon yang hebat dan cukup baik. Beliau boleh menarik perhatian masyarakat melalui ceramah. Kita dapat tahu juga sehingga 9 Januari nanti beliau akan ke 18 tempat untuk memberi ceramah. Ia kononnya untuk menerangkan mengenai keputusan mahkamah yang bakal diumumkan pada 9 Januari nanti. Saya percaya beliau akan mengulang kembali dua lagu lamanya iaitu pertama, bahawa beliau dianiaya dan kedua, ia adalah satu konspirasi. Dua perkara ini adalah sebahagian daripada komplot pembohongan Anwar.
Kalau kita lihat Anwar telah diberikan peluang seluas-luasnya untuk membela diri di mahkamah malangnya beliau tidak menggunakannya. Anwar tidak mahu duduk dalam kandang saksi mengakibatkan pasukan pendakwa tidak boleh menyoal balas beliau. Beliau juga enggan memberi keterangan bersumpah. Ini menunjukkan Anwar takut untuk mendedahkan kebenaran dalam mahkamah. Sedangkan jika di luar terutama di pentas-pentas ceramah, beliau begitu bersungguh-sungguh menghasut rakyat.
Penghujahan bukanlah melalui ceramah tetapi melalui mahkamah. Malangnya Anwar tidak menggunakan kesempatan untuk menjelaskan di mahkamah.
Tetapi Anwar sering menggunakan media Barat untuk memburukkan negara?
ANUAR: Satu lagi taktik yang digunakan Anwar adalah melalui media luar negara. Beliau tanpa segan silu mengutuk sistem perundangan dan politik negara untuk meraih simpati masyarakat antarabangsa dan juga dalam negara. Anwar akan mendedahkan kononnya berlaku kepincangan dalam kerajaan, pimpinan dan sebagainya. Kalau kita tengok di Parlimen pula beliau akan bertindak untuk mempopularkan dirinya. Contohnya dalam isu APCO yang mana bagi saya ia umpama satu tindakan tersembunyi untuk mengalihkan isu beliau yang cukup jelas mempunyai hubungan baik dengan pihak AS dan Yahudi.
Kenapa susah sangat untuk Anwar menjelaskan perkara sebenar jika tidak bersalah?
ANUAR: Anwar ini cukup gemar melakukan pembohongan. Ini dapat saya lihat semasa beliau menjawat Menteri Kewangan dulu. Beliau pandai bermain dengan angka dan nombor. Terlalu banyak pembohongan yang dilakukan dan banyak bermain dengan retorik. Pernah ada kesempatan saya bertanya kepada Anwar kenapa tidak menjawab tuduhan dengan fakta yang sahih dan jawapan bersungguh-sungguh untuk menafikan tuduhan liwat, semasa itu melibatkan Sukma dan Azizan. Anwar tidak menjawab tetapi hanya bertanya balik, kenapa tak percaya pada dia ke? Beliau memang pakar mengalih isu dan dengan semua orang Anwar tidak menjawab soalan yang ditanya sama ada ya atau tidak kejadian itu berlaku.
Kenapa masih ada kelompok yang mahu percaya dengan Anwar?
ANUAR: Ini berlaku kerana diperkuatkan oleh beberapa orang yang tidak lagi boleh berpatah balik. Inner circle Anwar seperti Wan Azizah, Nurul Izzah dan Azmin Ali memang akan sentiasa bersamanya. Jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka ini tidak ada maka ia akan membuatkan Anwar dan partinya runtuh. Anwar akan menentukan apakah imej yang akan dibawa dan digerakkan oleh mereka. Contohnya dulu beliau sangat dikenali sebagai tokoh Islam tetapi sekarang tidak lagi. Anwar pandai memainkan watak. Dia boleh bertukar bila-bila masa dan di mana-mana. Bagi saya tanggapan oleh Dr. Chandra Muzaffar bahawa Anwar umpama sesumpah yang boleh bertukar wajah sekelip mata adalah benar.
Apakah rancangan Anwar dalam Kempen Bebaskan Anwar 901 mendapat sokongan parti pembangkang lain?
ANUAR: Saya tidak melihat sokongan secara besar dan jujur akan berlaku. Dalam soal ini yang dapat dilihat ialah siapa mendapat kepentingan?
Beliau tidak pernah jujur dalam politik bersama Pas dan DAP. Ini kerana saya melihat sendiri dalam beberapa mesyuarat apabila PKR bersama Pas, dia hentam DAP, tapi apabila jumpa DAP dia hentam Pas.
Kemudian apabila ada yang bertanya kenapa semalam you hentam Pas atau DAP, sampai mati pun dia takkan mengaku. Malah dia akan tanya siapa yang bagi tahu. Apabila contohnya saya yang bagi tahu maka dia akan kata; “Hang percayalah dengan si Anuar tu”. Beliau akan terus kill character. Macam itulah yang berlaku kepada Datuk S. Nallakaruppan yang banyak mendedahkan keburukan Anwar. Beliau hanya menjawab balik; “Hangpa nak percaya ka cakap tokeh judi?”
Apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk mengelak peristiwa 1998 berulang?
ANUAR: Bagi saya pihak berkuasa perlu bertindak pantas dalam menangani perkara ini. Jika sudah ada bunga-bunga pun kerajaan perlu bertindak. Jika kita membiarkan sahaja Anwar membuat apa yang dia suka memang itu yang dinantikannya.
Saya percaya beliau akan membuat provokasi terhadap kerajaan, kemudian membuat roadshow di serata negara untuk berceramah kononnya kerajaan dan mahkamah tidak berlaku adil kepadanya. Beliau akan terus membuat provokasi sebelum dan semasa ditangkap. Saya tahu sangat taktik Anwar kerana ini yang berlaku pada 1998 selepas beliau dipecat. Jadi kerajaan perlu membendung dari awal supaya ia tidak melarat.
Saya percaya mood rakyat sudah jauh berubah, tidak lagi seperti 1998 kerana ketika itu masyarakat terpedaya bahawa beliau dianiaya. Rakyat sudah boleh menilai siapa sebenarnya Anwar dan apakah berbaloi untuk membela beliau lagi.

No comments:

Post a Comment