Projek Aman Sentral akan tetap diteruskan - Azizan
19/01/2012 10:30am
ALOR SETAR 19 Jan. - Sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek Aman Central berharga RM500 juta akan dilaksanakan mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Beliau bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lepas untuk menghalang madrasah itu dirobohkan akan mengubah pendirian mereka.
Writ saman tersebut akan didengar pada 6 Februari ini.
"Saya fikir masalah ini akan selesai... projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.
”... jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan, kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang,” kata Azizan. - BERNAMA
Juruwang dan jaga stor, tambah lagi, tukang sapu dan tukang azan di surau aman ctrl
ReplyDeleteakubekaspkr..jaga tandas pun kn bg kat MELAYU..kira 10 buah tndas cmpur jg stor + tkg sapu...kira 2100 pluang pkrjaan...hebat OSTUD AZIZAN..
ReplyDelete