Showing posts with label UMNO Bahagian Kuala Kedah. Show all posts
Showing posts with label UMNO Bahagian Kuala Kedah. Show all posts

Monday, September 17, 2012

MERIAHNYA...

Jamuan Aidil Fitri dan Hari Malaysia
Peringkat DUN Pengkalan Kundur
Anjuran:
YBhg Dato' Latt Shariman Abdullah
(Pegawai Tugas-Tugas Khas YAB Perdana Menteri)
Dengan Kerjasama
JKKKP Kota Sarang Semut 














 

Wednesday, April 4, 2012

ELAUN JKKKP : JANGAN BUAT MALU...!!!!

Jangan buat malu semua JKKKP bahagian Kuala Kedah!!! Lambat dapat elaun pun nak bising-bising ka??? Yang selama berpuluh-puluh tahun buat kerja  tak dak elaun walaupun seduit takdak pengerusi JKKKP yang mampuih kebuluran!!! Namapun elaun JKKKP diberi sebagai penghargaan, bukannya gaji setiap bulan, jadi kalau tak ada bayaran elaun sebab ditarik balik kerana keadaan kewangan yang tidak mengizinkan...tak ada sebarang kesalahan pun!!!

Inilah akibatnya apabila pengerusi JKKKP lani lebih berkiblatkan duit kupang dari membantu orang kampung. Belajarlah lebih memberi dari menerima!!!

P/S: dengaq kata elaun akan keluaq tak lama lagi...jadi pi lah tunggu awai-awai...takut mati kebuloq plak nanti!!!

Friday, January 27, 2012

INILAH DIA PUNCA-PUNCA DATO' LATT SHARIMAN DIBENCI PENGUNDI KUALA KEDAH...!!!!!

Patutlah ramai yang tak berapa berkenan dengan Dato' Latt Shariman ni. Tengok dan bacalah sendiri punca-punca dia...


1. TOK LATT KAKI SIAM
SUMBER

2. TOK LATT SUKA CARI PASAI

SUMBER

3. TOK LATT CARI PASAI DENGAN MASYARAKAT CINA

SUMBER

 4. TOK LATT KENA MARAH DENGAN TUN MAHATHIR


SUMBER



5. TOK LATT BUAT KACAU DENGAN GROUP BASIKAL

 SUMBER SAHIH


6. TOK LATT: KETUA BAHAGIAN YANG TERLAMPAU


SUMBER



7.TOK LATT KENA TANGKAP POLIS

SUMBER SAHIH


 

DATO' LATT SHARIMAN KENA MARAH DENGAN TUN M PULAK DAH!!!

Dalam usaha mengentalkan semangat ahli UMNO Kuala Kedah , Dato' Latt Shariman MEMBAWA  Tun M untuk berkongsi pengalaman dalam Perjumpaan Khas bersama YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Presiden UMNO ke-5 dan Kepimpinan Bahagian dan akar umbi UMNO Kuala Kedah








KISAH HANTU LANGSIAQ DI KOTA SARANG SEMUT!!!

Tak kiralah PENYELARAS apapun, belajaq-belajaqlah hormat kat Pengerusi JKKKP @ Ketua Kampung tak kiralah Pengerusi JKKKP tu sebulu atau dua bulu dengan mana-mana IDOLA penyelaras...KENA PROFESIONAL!!!! Buruk atau Jahat mana sekalipun Pengerusi JKKKP, dia tahu segenap ceruk kampung dia. Dia tahu tang mana T-rex berteloq dan berapa biji teloq dia, tang mana JIN dok bertendang dan waktu mana dok mula merasuk, ceruk mana HANTU RAYA dok menyakat dan sapa tuan dia dan pokok mana pulak LANGSIAQ @ LANGSUIR dok hinggap dan muka sapa dia selalu dok merupa. Itulah kelebihan Pengerusi JKKKP yang tak ada pada mana-mana penyelaras!!!

Jadi bila penyelaras masuk kampung ATOQ MAJLIS tanpa tabik kat Pengerusi JKKKP, tambah-tambah lagi menggunakan khidmat bukan orang tempatan, yang NAYA ialah KETUA BAHAGIAN yang tak tau apa-apa. Macammana tak NAYA,  PENYELARAS terbawa LANGSIAQ yang MEROPA masuk majlis. Terkejut KETUA BAHAGIAN tiba-tiba kena MENGUSIK. Macammana pulak tak MENGUSIK.... LANGSIAQ tu MEROPA jadi AHLI PKR... macam-macam dia USIK. Tapi nasib baik KETUA BAHAGIAN pun ADA ISI jugak, kalau dak mau HISTERIA kalau TAK KOMA pun terkejut dengaq LANGSIAQ MENGILAI!!!

Bila jadi lagu tu, PENYELARAS takpalah....buat-buat BODOH PILAH sambil dok PIKIAQ macam mana nak HEMPUK benda ni atas kepala PENGERUSI JKKKP. Yang tak elok dia, imej KETUA BAHAGIAN tercemarlah sebab dah kena MENGUSIK. Apalah orang kampung kata, KETUA BAHAGIAN pun boleh kena MENGUSIK,  Pengerusi JKKKP tak buat kerja ka...tak tau ka yang masuk majlis tu LANGSIAQ???? PENYELARAS janganlah pulak dok bubuh TAIK atas Pengerusi JKKKP kata Pengerusi JKKKPlah punca LANGSIAQ dan kaum kerabat dia MENGUSIK dalam majlis sebab  bukanlah salah Pengerusi JKKKP sebab Pengerusi JKKKP tak tau apapun...yang MENGATOQ tu PENYELARAS yang MAHA BIJAKSANA dan MAHA TAU SEMUA!!!!

PENYELARAS-PENYELARAS beringatlah....kita nak BAGI KETUA BAHAGIAN KITA MENANG KA NAK BAGI DIA KALAH...kalau nak bagi dia kalah, senang saja buatlah perangai macam tu selalu...Tunjuk kata PENYELARAS ni hebat...tau semua ceruk kampung. Kalau nak bagi KETUA BAHAGIAN menang, merendahlah diri kat Pengerusi JKKKP bila nak buat majlis kat tempat depa sebab yang paling baguih atoq orang kat kampung depa mestilah depa bukan orang luaq!!!

Kita ada konsep pengagihan kuasa. Dari Presiden parti, Ketua Bahagian  turun sampai Pengerusi JKKKP. Terbaik...ikutlah!!!!

Kalau tak boleh jugak, nak tunjuk HEBAT SANGAT...PENYELARAS kalau GILA KUASA SANGAT, PECATLAH semua PENGERUSI JKKKP...jimat belanja kerajaan...boleh bayaq PENYELARAS gaji sama dengan PM sebab kadang-kadang PENYELARAS NI pun RASA DEPA MACAM PM DAH KOT!!!

Thursday, December 8, 2011

DATO' LATT TAK ADA DI BAHAGIAN KUALA KEDAH MINGGU LEPAS...????

Dato Latt ada di Kuala Lumpur...Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Dato' Latt bersama perwakilam UMNO Bahagian Kuala Kedah






Tuesday, July 5, 2011

DATO' LATT SHARIMAN BIKIN KONTROVERSI LAGI...SIAPLA KENA BELASAH...

Macam nilah nasib Dato Latt Shariman, Ketua UMNO Bahagian UMNO Kuala Kedah ni... selalu kena belasah walaupun turunlah sekerap manapun dan usahakanlah banyak mana projek pembangunan pun...belasah tetap kena belasah!!!!

Tuesday, June 28, 2011

DATO' LATT SHARIMAN, KETUA UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH DIFITNAH

JKKKPKSS ingin menjawab artikel 2 blogger , KEDAH KE KL dan MANJUNG MARI yang menyiarkan satu artikel berdasarkan sumber yang tidak sahih.  Blogger KEDAH KE KL TAK BERSALAH kerana ternyata telah ditipu..kalau Tuan blogger  jumpa SUMBER TIDAK SAHIH tu... sila sekeh kepala dia kuat-kuat sebab tak pasai-pasai blogger KEDAH KE KL DAN MANJUNG MARI buat dosa kering!!!

JKKKPKSS ni bukanlah orang kuat Dato' LATT SHARIMAN... JKKKPKSS hanya sekadar kasihankan Dato' LATT yang bertungkus-lumus membawa carakerja baru ke KUALA KEDAH tetapi tidak mendapat sokongan kumpulan ORTODOKS Kuala Kedah!

Monday, June 13, 2011

DEPAN DATO' LATT.... MENGAPA DATO' JAMIL DIAM....!!!!!

5 Jun yang lalu UMNO BAHAGIAN KUALA KEDAH telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian. Semua AJK Bahagian tertunggu-tungu Dato' Jamil membelasah Dato' Latt dalam mesyurat malam tersebut, maklumlah dalam perasmian persidangan pemuda bahagian 3hb Jun 2011, Dato' Jamil telah membelasah Dato' Latt kaw-kaw punya. (Mungkin pada ketika ini laporan SU POLITIK PERDANA MENTERI, Saudara Soffian Awang bahawa Dato' Latt tak reti buat kerja dah pun berada di atas meja Dato Seri Najib...habislah TOK LATT!!!!)

Thursday, March 17, 2011

TOK NAN.....

Katanya TOK NAN ni sombong dan berlagak...dan itulah yang sering dicanang oleh golongan-golongan tertentu dalam bahagian Kuala Kedah.