Pelakon British kongsi kisah sebagai wanita Islam di KL
Oleh Fatin Farhana Ariffin
bhhibur@bharian.com.my
2012/05/22
Myriam Francois Cerrah
Bagi mereka yang kurang mengenali pelakon ini, Myriam mula berlakon pada umur 12 tahun lagi, ketika membintangi filem arahan Ang Lee, Sense and Sensibility, pada 1995, bersama-sama Emma Thompson dan Kate Winslet. Dia juga pernah berlakon dalam filem Paws bersama Nathan Cavaleri dan Heath Ledger, serta filem New Year's Day.
Myriam yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah
di Universiti Oxford ini juga sudah menjelajah ke serata daerah untuk
berkongsi kisahnya termasuk menerusi program BBC Big Questions, bersama
Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Peter Owen-Jones dan ramai lagi.
Myriam yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah
di Universiti Oxford ini juga sudah menjelajah ke serata daerah untuk
berkongsi kisahnya termasuk menerusi program BBC Big Questions, bersama
Dame Ann Leslie, Beverly Knight, Peter Owen-Jones dan ramai lagi.Myriam akan hadir ke Kuala Lumpur pada 30 Jun nanti bersempena seminar wanita antarabangsa pertama, Being Me, bertempat di Bangunan Matrade.
Antara aktiviti lain yang turut diadakan termasuk pertunjukan fesyen, bazar dan lain-lain.
Turut hadir ialah penulis terkenal Amerika Syarikat iaitu Yasmin Mogahed dan Raya Shokatfard. Manakala Sheikh Tawfique Chowdhury dan Syakh Yahya Ibrahim dari Australia, Dr Fadila Grine (Kanada) dan Dr Sofia akan mengendalikan bengkel mengenai pendidikan anak mengikut Al-Quran dan Sunnah.
Seminar Wanita Being Me yang dianjurkan Mercy Mission Malaysia ini akan diacarakan Wardina Safiyyah Fadlullah.
Seminar ini diadakan dengan tujuan memperkasakan wanita Muslimah di tanah air khususnya, dengan membawa pemikiran mereka dari luar kotak kebiasaan.
Ia juga bertujuan bagi memberikan inspirasi, ilmu dan keyakinan kepada wanita di luar sana untuk terus mencari kekuatan dan potensi sebenar untuk menjadikan diri disayangi Allah, dan memainkan peranan sebagai isteri, ibu, anak, serta anggota masyarakat yang aktif, bijak dan berguna.
Bagi mereka yang berminat menyertainya, bolehlah mendapatkan tiket untuk berjumpa dengan Myriam serta ramai lagi wanita inspirasi lain pada 30 Jun ini dengan melayari laman sesawang http://www.being-me.org/
No comments:
Post a Comment