WOW! AMBIGA KINI PEJUANG DEMOKRASI DI BERSIH 4.0
Hampir jam 1 tengahari tadi, saya tiba
di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur dan merakamkan
gambar awal kehadiran penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL
di lokasi.
Sekitar jam 12.15 tengahari,
beberapa anggota polis kelihatan di lokasi sama, kira-kira 100 meter
dari rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Kira-kira jam 2.30 petang polis meletakkan papan tanda di jalan masuk ke rumah Daruk Ambiga dikawal rapi oleh anggota polis.
Tiba-tiba saya terlihat lelaki berpakaian kemas di bawah.
Suka melihat posisi dia berdiri.
Saya cuma berasa keliru, adakah perkataan 'rakyat' itu mewakili kesemua warganegara Malaysia atau sebilangan sahaja.
Dia juga mengangkat Ambiga sebagai 'national hero', itu hak dia.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Saufi Mohamad kemudian tiba di lokasi.
"Bilangan penguat kuasa terbabit di sini 89 orang dari 8 daerah saya kerahkan untuk ke sini," ujar beliau kepada saya.
Kenalan saya itu masih kelihatan segak biarpun sudah bergelar datuk kepada seorang cucu.
Jam 2.38 petang, Sasterawan Negara, Tan Sri A. Samad Said dan Hishamuddin Rais kelihatan berjalan kearah rumah Datuk Ambiga.
Jam 3 petang, Tan Sri A. Samad Said dan Datuk Ambiga membuat sidang akhbar dari dalam pagar rumah.
Wartawan dan jurugambar berdiri
di luar pagar, penyokong Datuk Ambiga berdiri di sekitar lobi rumah
mewah Pengerusi Bersama Bersih itu.
Hampir jam 4 petang, kelihatan
beberapa peniaga memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan keluar
berdiri, memerhatikan penguat kuasa DBKL.
"Sebenarnya kami diminta berkumpul di sini untuk mula berniaga pada jam 2 petang," ujar peniaga datang menghampiri saya.
"Halau! Halau! Halau! Halau!"
Saya terdengar teriakan kuat dan bergegas untuk merakamkan gambar.
Berikut tuntutan kira-kira 200 ahli Gerakan Belia Gagasan Malaysia.
Klik untuk membesarkan gambar di atas.
Selepas menjelaskan tujuan
kehadiran mereka di lokasi dan mendapatkan kebenaran pihak polis,
Presiden Gerakan Belia Gagasan Melaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin
bersama 4 lagi ahli menyerahkan kertas risalah di atas kepada Datuk
Ambiga.
Kamera murah, jadi gambar detik penyerahan risalah tidak dapat dirakamkan.
Pelbagai lagi kejadian berlaku selepas itu dan berikut antara petikan gambar saya rakamkan.
Siapakah kumpulan bermotosikal ini?
Siapakah pula mereka di bawah?
Oleh kerana saya blogger tidak
dibayar, kita berikan laluan kepada iklan terlebih dahulu dan berjumpa
lagi selepas ini, apabila jari jemari saya kembali bertenaga untuk
menaip.
No comments:
Post a Comment