Saturday, May 19, 2012

PERANGAI PEMIMPIN PAS MENGALAHKAN YAHUDI...

Sungguh memalukan orang Islam apabila pemimpin yang mewakili parti Islam sudah kelabu mata dengan darjat dan harta....sudah hilang kemaluan...yang malu adalah ISLAM...



Phahrolrazi Bakar Jambatan… Habislah Ustaz Azizan

Sudah ada nama yang akan diletakkan oleh Phahrolrazi Zawawi di Sungai Limau untuk menandingi Azizan Abdul Razak pada PRU akan datang. Phahrolzawawi tidak lagi peduli sama ada PAS mengekalkan penguasaan ke atas Kedah atau tidak. Yang Phahrolrazi pentingkan sekarang ialah, Azizan Abdul Razak perlu ditumbangkan dan diterajang serta dihenyak-henyak ke kubang babi.
Permusuhan dalam PAS Kedah terus meruncing meskipun ada pihak dalam PAS yang cuba menceritakan kononnya segala-galanya berjalan dengan lancar dan baik. Para pemimpin PAS Kedah sudah mula memecah-belahkan perpaduan di kalangan ahli-ahli PAS untuk kepentingan peribadi dan tidak lagi mementingkan perjuangan parti. Malah yang paling menarik ialah apabila terdapat pemimpin-pemimpin PAS yang secara terang-terangan mentertawakan dan mempersendakan arahan PAS Pusat agar segala masalah disimpan dan disembunyikan daripada pengetahuan umum.
Salah seorang daripada mereka adalah Phahrolrazi Zawawi.
Umum mengetahui bagaimana Phahrolrazi Zawawi cuba menjatuhkan dan menggulingkan Azizan Abdul Razak menerusi penamaan semula Exco-Exco baru dua bulan lepas. Dalam satu tindakan yang dianggap menyucuk mata, Phahrolrazi Zawawi secara terbuka menyatakan, dia tidak lagi menaruh kepercayaan kepada Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah.
Kempen untuk menjatuhkan Azizan sebenarnya sudah bermula agak lama. Azizan seringkali digambarkan sebagai orang tua yang tidak lagi berkeupayaan walaupun di negeri yang dipisahkan oleh Hulu Perak iaitu Kelantan, ada seorang lagi lelaki yang bukan sahaja lebih tua daripada Azizan, bahkan lebih nyanyuk dan tidak berkeupayaan menjadi Menteri Besar, masih utuh pada kedudukannya. Bagaimanapun, berbeza dengan Azizan Abdul Razak, Nik Abdul Aziz Nik Mat kurang diserang secara kurang ajar walaupun para pemimpin PAS Kelantan berusaha menjatuhkannya dengan cara memberikan ruang kepadanya untuk melakukan pelbagai kesilapan yang memalukan.
Krisis kepimpinan PAS Kedah sampai ke kemuncak apabila PAS Pusat terpaksa menghantar salah seorang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub untuk mendamaikan kedua-dua pihak. Bagaimanapun, usaha-usaha yang dilakukan oleh Salahuddin Ayub telah disabotaj pula oleh seorang lagi Naib Presiden iaitu Mahfuz Omar yang mempunyai kepentingan di Kedah.
Mahfuz sebelum ini telah berkrisis dengan Azizan sehingga akhirnya melepaskan jawatan selaku Pengerusi SATO sungguhpun dia sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan berkenaan. Alasan yang diberikan oleh Mahfuz Omar bagi tindakannya itu ialah, tidak bersetuju dengan keputusan Azizan Abdul Razak yang tidak memberi keuntungan kepada PAS.
Nada yang sama juga dikeluarkan oleh Phahrolrazi yang mempertikaikan tentang kontrak penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya-jalanraya di seluruh negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan oleh Azizan Abdul Razak kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh orang UMNO, walhal pada masa yang sama, sebuah syarikat yang mana anak lelaki Phahrolrazi Zawawi mempunyai kepentingan, tidak sahaja mendapat kontrak daripada Kerajaan Persekutuan, bahkan cuba menyakau projek-projek jalanraya negeri terutama sekali di Johor dan di Pahang.
Sekarang gelagat yang ditunjukkan oleh Phahrolrazi dengan meletakkan 'orangnya' untuk mengacau kemenangan Azizan Abdul Razak di DUN Sungai Limau sudah dapat menterjemahkan niat jahatnya yang bukan sahaja sanggup membakar jambatan, sebaliknya lebih rela melihat PAS ghuyup di Kedah daripada berMenteri Besarkan Azizan Abdul Razak.
Cuma tidak pula dapat dipastikan siapakah orangnya… dan tidak juga dapat dipastikan apakah Mahfuz Omar yang berasakan dia adalah GIANT PAS di Kedah terlibat secara langsung dalam percaturan terbaru ini untuk menghalau Azizan Abdul Razak dari kerusi empuk Menteri Besar yang didudukinya.
sumber

No comments:

Post a Comment