Allah Maha Kaya-Akhirnya Permainan Rafizi Menjerat Lehernya Sendiri
Beberapa bulan lepas kita semua dapat saksikan bagaimana galaknya Rafizi
Ramli melakukan pendedahan bersiri berhubung kes NFCorp.
Hasil dari siri demi siri pendedahan yang dilakukannya selama lima bulan
yang dicampur aduk antara fakta dan auta,akhirnya membuatkan bos NFCorp
dihadapkan ke mahkamah pada 12 Mac 2012. Tidak cukup dengan itu, aset
mereka juga dibekukan, perniagaan mereka rosak dan isterinya terpaksa
berundur dari jawatan menteri.
Rafizi yang sebelum itu tidak dikenali dan lembik,hinggakan nak
bertanding jawatan Ketua AMK pun terpaksa dibatalkan, tiba-tiba kerana
NFC dia menjadi ikon baru PKR. Dijulang, dipuja , disanjung, menjadi
perhatian media hinggakan media tertunggu-tunggu bila lagi Rafizi hendak
adakan PC. Jadual ceramahnya seluruh negara padat. Sampai sekarang pun
apabila orang ingat lembu maka orang akan ingat Rafizi. Begitulah
hebatnya seorang anak muda yang bernama Rafizi Ramli mencipta nama
sekelip mata melalui lembu.
Ramai orang kata Rafizi budak cerdik, budak genius dan sebagainya. Tak
mengapalah...jika itu anugerah yang Allah berikan kepadanya kita terima
sahajalah. Rafizi semakin teruja dengan sokongan yang diterimanya dan
membuatkan beliau ingin bekerja lebih lagi untuk membongkar kes NFCorp.
Dia tak toleh kiri kanan lagi, dia tak peduli lampu isyarat kuning atau
merah, dia tak peduli garisan double line, semuanya dia tidak peduli dan
terus memecut laju. Syok pandu kereta sport ni , tambahan pula ada
tukang sorak atau pun dipanggil tukang perhangat.
Dedah punya dedah, auta punya auta , akhirnya hari ini Rafizi tersepit
dengan 1 kebodohan dalam 100 kegalakannya menyerang NFCorp.
Pada 7 Mac 2012, Rafizi bersama ibu ikannya, Zuraidah Kamaruddin
mengadakan sidang media mendedahkan kononnya NFCorp menggunakan wang
kerajaan untuk memudahkan mereka mendapat pinjaman bank bagi membeli
hartanah di Bangsar.
Petikan dari malaysiakini
PKR hari ini mendakwa bahawa pengarah National Feedlot Corporation menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di Bangsar, Kuala Lumpur.Pengarah strateginya, Rafizi Ramli mendakwa pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah menggunakan kawalan ke atas dana berkenaan untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli lapan lot kedai itu.Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.Rafizi mengemukakan beberapa dokumen bank sebagai bukti bahawa Mohamad Salleh dan pengarah NFC diberikan pinjaman bersama itu melalui kawalan ke atas akaun syarikat berkenaan.Dokumen yang didedahkannya itu menyebut, NFC mempunyai simpanan sebanyak RM71.4 juta di dalam akaun di sebuah bank.
Disinilah terletaknya kebodohan Rafizi....
Dia dapatkan segala dokumen bank mengenai NFCorp melalui kakitangan bank
yang ada kabel dengannya. Kemudian dia dedahkan pula dokumen itu kepada
wartawan. Itu sudah menjadi satu kesalahan dibawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Terlebih galak kerana nak jadi hero tak bertempat.
Tindakan Rafizi mempamerkan dokumen bank milik NFCorp dan Salleh kepada
media telah mengundang mereka membuat laporan kepada Public Bank dan
Bank Negara. Lihat di sini
Itu hak NFCorp dan Datuk Salleh. Setiap rakyat Malaysia ada hak
masing-masing termasuk Rafizi. Berapa puluh kali sehari Rafizi nak buat
PC untuk serang Shahrizat atau NFC, tiada siapa yang boleh halang. Itu
hak dia.
Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah....Itu hak mereka.....
Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.
Di Malaysia jika seseorang pembunuh yang berada dalam lokap polis, pun mereka masih ada hak untuk membuat laporan polis jika dia diugut bunuh oleh polis. Jadi kalau Rafizi nak mempertikaikan tindakan Datuk Salleh buat laporan kepada Bank Negara, lupakan sahajalah....Itu hak mereka.....
Kalau Rafizi rasa NFCorp bersalah sepatutnya dia melaporkan perkara itu kepada pihak yang berkenaan tentang penyelewengan yang dilakukan. Bukannya kau sendiri yang menjadi pegawai penyiasat yang tidak bertauliah pergi cetak penyata bank orang dan edarkan kepada media.
Lebih bodoh lagi kerana dia tidak pandai melindungi pemberi maklumatnya.
Setiap penyata yang dicetak di bank ada ID kakitangan yang akses kepada
akaun berkenaan. Jika ID dipadamkan sekali pun, pihak pengurusan bank
boleh kesan pula bila, dimana dan siapa yang mencetaknya melalui sistem
mereka.
Siasatan yang dijalankan Public Bank dan Bank Negara akhirnya dapat
mengesan kakitangan bank yang mencetak penyata kewangan NFCorp dan
berikan kepada Rafizi untuk didedah serta kepada media. Dan kini
kakitangan berkenaan sedang disiasat oleh Bank Negara. Sabit kesalahan
beliau bakal berdepan hukuman penjara selama 5 tahun.
Rafizi yang sebelum ini begitu ghairah dan teruja dengan pendedahannya
kini sudah mula panas bontot dengan laporan yang dibuat oleh NFCorp.
Beberapa hari lepas dia panggil satu sidang media berhubung perkara
berkenaan. Dalam sidang media berkenaan dia mengentam BAFIA dan NFCorp
cukup-cukup.
Bekas kakitangan Public Bank yang menjadi mangsa kebodohan Rafizi juga
turut serta dalam PC berkenaan. Anda perhatikan video dibawah.
Perhatikan air mukanya. Dia kelihatan tidak selesa, marah, terpaksa dan
merasakan dirinya menjadi alat kepada Rafizi. Kenyataan yang dibacanya
juga dalam keadaan terpaksa. Rafizi sendiri turut menyedari
ketidakselesaan bekas kakitangan bank tersebut. Sebab itu
sekejap-sekejap dia toleh orang itu. Kerana kebodohan Rafizi kini sebuah
keluarga hidup dalam tekanan.
Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza....
Katanya Rafizi seorang akuantan yang berdaftar Institut Akauntan Malaysia, tetapi antara BAFIA dengan AMLA pun tak tahu nak beza....
Sekarang Rafizi melompat-melompat menyalahkan BAFIA apabila akta itu
telah menjerat lehernya. Sebelum ini kenapa dia tidak mempertikaikan
BAFIA ?
Pak-khatan rakyat ada berpuluh ahli parlimen dalam Dewan Rakyat, kenapa
sebelum ini tidak ada seorang pun yang pernah mengusulkan agar BAFIA
dipinda ?
Tetapi apabila BAFIA sudah terkena atas batang hidung Rafizi, tiba-tiba baru Rafizi panas bontot menentang BAFIA.
Apa akan jadi kepada negara kita jika tiada BAFIA ? Pelabur asing mana
yang hendak percayakan sistem kewangan di Malaysia , jika sesiapa sahaja
boleh pergi ke bank periksa dan ambil penyata kewangan seseorang atau
syarikat, kemudiannya dedahkan kepada umum ?
Apa perasaan Rafizi kalau hari ini saya gunakan kabel-kabel saya yang
ada di bank , ambil segala maklumat kewangan Rafizi, isterinya serta
ahli keluarganya dan dedahkan di blog ini ?
Datuk Salleh dan keluarganya telah dilondehkan lebih dari yang
sepatutnya oleh kamu. Pelbagai jenis perisa kamu tambah untuk
menyedapkan cerita kamu bagi menjatuhkan mereka sekeluarga. Sekarang
terimalah giliran kamu. Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar, Allah Maha
Adil, Allah Maha Saksama.
Bukan niat saya hendak mempertahankan Datuk Salleh. Yang salah tetap
salah. Jika beliau salah biarkan undang-undang yang memutuskannya. Tapi
undang-undang juga harus adil kepada beliau. Jika beliau boleh diaib,
difitnah, disiasat dan didakwa,kenapa pula Rafizi harus menuntut layanan
istimewa bagi dirinya ?
Untuk pengetahuan para pembaca juga, pendedahan Rafizi berkenaan NFCorp
membeli hartanah KL Eco City menggunakan kemudahan wang pinjaman
kerajaan juga adalah satu pembohongan. Dokumen yang diperolehi Rafizi
dari staf bank dan ditunjukkan kepada media adalah dokumen pinjaman
untuk pelaburan lain sejak tahun 2005, iaitu sebelum wujudnya lagi
NFCorp dan KL Eco City. Bohong kelas 1, sebab itu Allah bayar tunai....
Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung....
Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma.
Semoga bekas kakitangan Public Bank menghadapi dugaan ini dengan tenang. Sebagai pekerja bank kamu telah dilatih dan diajar tentang BAFIA secukupnya. Tanyalah mana-mana pekerja bank, siapa yang tidak takut dengan BAFIA ? Semuanya akan ngeri dengan BAFIA. Oleh kerana kamu sendiri yang pilih jalan tersebut dan sanggup diri menjadi alat politik PKR maka kamu kena tabah menghadapinya dan terimalah padahnya. Harap-harap janganlah terjun bangunan semasa proses siasatan berlangsung....
Kepada Rafizi, untuk menjadi seorang hero terkenal kamu perlu membayar dengan harga yang mahal. Sebab itu orang tua-tua selalu pesan, jangan terlalu galak nanti padah yang menjelma.
MEMANG PUN DIA TIDAK AMANAH MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH SEBAGAI PEKERJA BANK. DAN DIA SELAKU PEKERJA BANK JUGA TAHU AKIBAT DARI APA DIA BUAT.
ReplyDeleteRAFIZI NI BAHALOL KE? KAT UK ATAU MANA DALAM DUNIA PUN KAKITANGAN TIDAK DIBENARKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT PELANGGANG... DUNIA MANA PULAK DIA NAK RUJUK!
ReplyDelete