Analisis Debat PTPTN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ
dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang
mendakwa bahawa KJ memenangi perdebatan itu, ada yang mendakwa Rafizi
yang menang, dan sebagainya. Di sini, izinkan saya menulis analisis saya
mengenai debat tersebut. InsyaALLAH, saya akan mendedahkan fakta-fakta
yang tepat dan benar mengenai debat itu.
1. Sikap Rafizi yang cuba mengubah topik yang tidak berkaitan dengan
topik perdebatan itu sangat mendukacitakan. Pertanyaan yang tidak
berkaitan dengan topik bagi saya tidak usahlah dijawab oleh saudara KJ.
Kalau perlu pun, itu mungkin dalam perdebatan yang lain.
2. Saudara Rafizi kelihatan memilih perbandingan yang langsung tidak
munasabah untuk menyokong pendapatan beliau mengenai pendidikan
percuma. Malah, beliau memberi fakta yang salah kepada umum dan KJ
tidak berkesempatan untuk membidas fakta Rafizi.
3. Maka, tugas saya di sini untuk membidas saudara Rafizi. (Sebenarnya,
saya sangat berkobar-kobar untuk duduk di tempat KJ kelmarin,
hehehhe...) Pertama, Rafizi mendakwa bahawa negara Finland yang lebih
miskin daripada Malaysia dan hanya bersumberkan satu sahaja sumber
ekonomi iaitu Nokia yang itu pun sedang mengalami masalah kerana
penguasaan Blackberry mampu memberikan pendidikan percuma kepada
rakyatnya, mengapa tidak Malaysia. Benarkah dakwaan itu? Sini, Kapten
Malaysia (hensem?) mahu menidakkannya. :)
4. Finland sebenarnya mempunyai banyak sumber ekonomi. Saya sertakan statistik sumber ekonomi Finland untuk tatapan umum:
RALAT: Statistik yang awal telah dikeluarkan selepas beberapa penemuan
dalam sumber dan statistik yang baru disertakan di bawah. Terima kasih
pada orang yang sudi menegur dan berkongsi dengan saya. Apa-apa pun,
ianya tidak mengubah apa-apa bahawa sumber ekonomi Finland bukan hanya
bergantung kepada Nokia sahaja.
A.) Electronics (21.6 percent)
B.) Machinery, Vehicles and other engineered metal products (21.1 percent)
C.)Forest industry (13.1 percent)
D.)Chemicals (10.9 percent).
Apa-apa pun, di bawah ialah statistik daripada sumber saya sendiri.
A) Agriculture and forestry 4.5%,
B.) Industry 18.3%
C.) Construction 7.3%
D.) Commerce 16%
E.) Finance, Insurance, and Business services 14.5%,
F.) Transport and communications 7%
G.) Public services 32.4%
Sekarang ni, mana datangnya sumber dakwaan Rafizi yang mengatakan bahawa
Finland hanya bersumberkan ekonomi daripada Nokia sahaja?
5. Benarkah Finland lebih miskin daripada Malaysia? Saya nak tergelak
mendengarkan dakwaan saudara Rafizi itu. Hehehehe... (gelak malu).
Menurut data daripada Bank Dunia, Malaysia jauh ketinggalan dalam
ranking GDP. Finland menduduki tangga ke-17. Malaysia punya kekayaan
menduduki ranking ke-68. Apa kejadahnya nak bandingkan Malaysia dengan
Finland yang lebih kaya daripada Malaysia. Bahkan dengan kekayaan negara
yang ke-17 terkaya di dunia, Finland hanya perlu menangung 5 Juta
rakyat Mereka sedangkan Malaysia yang mempunyai kekayaan yang ke 68
dunia, perlu menanggung 30 Juta rakyat Malaysia.
Sumber saya di sini: http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_GDP_(nominal)_per_capita#cite_note-3
Perbandingan ini sangat tidak relevan. Anda cuba membandingkan epal
dengan rambutan (bak kata saudara KJ). Saudara Rafizi ni, awak kena
adil tau. Jangan nak spin fakta macam ayahanda Anugerah Tuhan kamu itu.
Hehehehe.. tak baik tau. Kita ambil epal kalau nak dibandingkan dengan
Epal. Erm... nak ambil contoh apa ya ?
7. Dah dapat! Apa kata kita ambil Brazil yang menduduki di tangga yang
lebih kurang sama dengan kita. Brazil ialah salah satu daripada negara
yang mendirikan pendidikan percuma. Ya, pendidikan percuma tetapi
tahukah saudara Rafizi bahawa cukai di Negara Brazil ialah antara yang
tertinggi di dunia? Tak..tak... saya tak buat spesikulasi saya sendiri
tau Pak Fizi ya? Tak percaya? Mari-mari, kita mengembara lagi. Biar
celik mata semua.
8. http://thebrazilbusiness.com/article/the-16-most-common-brazilian-taxes
"Brazil is known for charging a high tax burden from its
citizens and companies established. We will provide an overview of the
most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and
Municipal taxes."
Kenyataan itu dipetik daripada orang Brazil sendiri. Lihat betapa
tingginya dan banyak cukai di negara mereka untuk menampung pendidikan
percuma. Rafizi kena terima hakikat nothing is free dalam
dunia ini. Ada harga yang perlu dibayar sekiranya mahukan pendidikan
percuma. Dan harga yang perlu dibayar untuk pendidikan percuma ialah
CUKAI YANG TINGGI.
9. Tak puas hati lagi? Mari-mari menjelajah negara nombor satu dalam
sukan bola sepak ini. Lagi artikel yang merungut mengenai hidup di
Brazil yang sangat tinggi dengan cukai. Mereka memberi tajuk kepada
artikel ini dengan ayat ini:
" Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"
Nak link ke ? Takut saya menipu? Ehh, jangan tuduh tau.
Saya ni sesuci Anugerah Tuhan dan Pak Rafizi ye? (sarcasm). Nah, ambil ni:
http://thebrazilbusiness.com/article/everyday-taxes-in-brazil-ipva-iptu-and-iptr
10. Saudara Rafizi mengatakan bahawa pendidikan di Turki itu percuma.
Heheheh, kaki kelentong betul lah awak ni. Awak fizi yang comel, tak
nampak ke apa yang berlaku di Turki? Kalau pengikut-pengikut kamu,
bolehlah kamu tipu ye? Tapi, tidak saya.
http://www.businessturkeytoday.com/turkey-students-arrested-for-demanding-free-education-during-protests.html
Eh, apa benda tu? Kata Turkey ni menyediakan pendidikan percuma kepada
rakyat, tetapi kenapa sebaliknya? Sampai kena tangkap tu Mahasiswa
Turkey. Hehehehe... Abam Rafizi, udah-udahlah tu ya menjadi penipu ?
11. Kalau kita lihat pada permulaan debat, kita dapat melihat statistik
dan nombor yang dikeluarkan oleh KJ mengenai perbelanjaan yang sedang
ditanggung dan bakal ditanggung oleh kerajaan sekiranya mahukan
pendidikan percuma. Kemudian, Rafizi membidas bahawa fakta itu penipuan
dan mereka membuat kiraan mereka sendiri lalu menampilkan nombor mereka
sendiri.
12. Sekarang, saya mahu bertanya kepada semua, anda percayakah fakta
daripada Rafizi ini sedangkan dia sudah menipu kita dengan teori Finland
dan Turkinya? Sekali menipu, dua kali menipu, tak mustahil dia akan
menipu untuk sekian kalinya memandangkan penipuan itu ialah darah
dagingnya.
13. Perkara lain, saya tak perlu saya ulas pajang lebar. Isu hutang dan
sebagainya, saya rasa dah dijawab dengan kemas oleh saudara KJ.
14. Oh ya, ada lagi yang saya nak perkatakan. Rafizi suruh sifu kamu tu
tunaikan janji bulan bintangnya pada penduduk Selangor. Bukan satu dua
ye, berbelas tau. Ini janjinya pada penduduk Selangor pada PRU yang
lepas pun tak habis ditunaikan, ada hati bercakap mengenai topik yang
lebih besar.
15. Meh, saya senaraikan janji-janji puak anda yang tak tertunaikan sebelum nak menabur janji lain.
- membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran selangor.
-memberi bantaun RM 75.00 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nuseri.
-memberi bantuan RM 50 kepada seorang bagi pendidikan pra sekolah.
-memberi hadiah tawaran RM 1000 kepada setiap anak selangor yang masuk ke universiti.
Dan belasan lagi janji-janji2 yang terabai.
Kesimpulannya ialah kebanyakan daripada fakta yang dibentangkan oleh
Rafizi sebenarnya lebih kepada puta belit yang dipelajari daripada
sifunya Anwar Ibrahim. Dan motif artikel ini ditulis untuk menjawab
tuduhan tidak berasas Rafizi. Setakat ini sahaja yang mampu saya
nukilkan, InsyaALLAH kalau ada kesempatan, saya akan kembali menyambung
artikel ini, mungkin dengan analisis yang lebih padat dengan fakta.
Akhir kata daripada saya, TAHNIAH SAUDARA KJ KERANA berani berdepan
dengan orang seperti Rafizi Ramli yang suka lari daripada tajuk dan kaki
spin ini. Hehehehe.... Assalamualaikum.
sumber : SINI
Gua memang dari dulu tak percaya kepada kaki penipu, kaki betina, kaki pelacur, kaki siam doll, kaki cina doll, kaki jantan, kaki rasuah, kaki rembat bini orang, kaki fitnah, kaki putar alam, kaki belit, kaki ampu, kaki jamban's blowjob, kaki muka tebal, kaki sara hidup dari dana yahudi, kaki sokong yahudi, kaki LGBT, kaki pluralisme dan tah ape2 lagi kaki yang ada. Semua nya di rembat belake. Jangan haraplah nak jadi pemimpin.
ReplyDeleteya betul..dalam PKR ada mcm2 kaki...busuk punya kaki pun ada
Delete