Mungkinkah ini percubaan pertama dia untuk membunuh polis.
Nampaknya selepas membelasah polis, dia ternyata dahagakan darah anggota pasukan keselamatan...
KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa
Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan
berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir
memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di
sini hari ini.
Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang
anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu,
28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin.
Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini
dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam
laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.-UM
No comments:
Post a Comment