KENYATAAN KELAKAR PRESIDEN MAJLIS PEGUAM YANG PERLU ANDA TAHU!
Rupa-rupanya Majlis Peguam turut menyelar perusuh Bersih 3.0 kerana memukul dan mencederakan pihak polis serta wartawan semasa Bersih 3.0 yang lalu. Majlis Peguam juga membidas tindakan perusuh kerana merosakkan kenderaan polis.
Malah, Majlis Peguam juga menyelar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana mencetuskan rempuhan pagar di Dataran Merdeka, melanggar larangan masuk ke dalam Dataran Merdeka yang seterusnya menyebabkan berlakunya ketegangan semasa Bersih 3.0 yang lepas.
Majlis Peguam juga membidas kedegilan perusuh-perusuh yang bukan sahaja tidak mahu bersurai tetapi berkumpul semula dan berarak kembali ke Dataran Merdeka.
Semua yang di atas adalah andaian yang kita faham apabila membaca kenyataan Presiden Majlis Peguam seperti di bawah. Beliau mengaku bahawa badan itu 'bersifat adil dalam mengkritik kerajaan dan pembangkang'.
Di antara laporannya :
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Majlis Peguam menyangkal dakwaan pertubuhan itu sebagai parti politik sebaliknya menegaskan setiap kenyataan yang dikeluarkannya “berdasarkan prinsip perundangan atau hak asasi manusia”.Tetapi malangnya, segala andaian yang MiM katakan itu tidak pula kedengaran apabila Presiden Majlis Peguam mengumumkan pendirian badan tersebut.
Presidennya, Lim Chee Wee, menambah, badan berkenaan juga bersifat adil dalam mengkritik kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang, menolak dakwaan sering mengeluarkan kenyataan berat sebelah. - seterusnya
Dan jika benar badan itu 'bersifat adil dalam mengkritik kerajaan dan pembangkang', kenapakah badan itu begitu selektif di dalam kenyataan mereka dan tidak menyentuh langsung permulaan rempuhan pagar, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali?
Yang kelakarnya ialah untuk membuktikan badan itu berlaku adil, Presiden Majlis Peguam memberi contoh yang tidak relevan dengan kekecohan insiden semasa Bersih 3.0. Contohnya,
Majlis Peguam menyokong bila kerajaan melakukan perkara yang betul,” tambahnya. “Sebagai contoh, penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Nasional (YBGN) dan terhadap penambah baikan infrastruktur mahkamah.Hello Mr President.... Don't divert the issue.
Adil dalam isu Bersih 3.0 adalah turut membidas perusuh-perusuh, Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana menghuru-harakan suasana.
Dan yang membezakan perhimpunan Bersih di negeri-negeri lain ialah Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memang sengaja mahu cari pasal, hijack perhimpunan yang pada awalnya aman dan menukarkannya menjadi satu rusuhan besar!
Do the President care about all this?
No comments:
Post a Comment