Wednesday, May 23, 2012

PEMBANGKANG, DEBAT DAN PERSEPSI

Dari pemimpin sehinggalah kepada penyokong pembangkang, mereka amat sukakan persepsi terutama persepsi yang memburukkan kerajaan. Debat  Khairy Jamaluddin- Ambiga menyaksikan Ambiga mengakui beliau berhujah dengan persepsi beliau sendiri iaitu beliau langsung tidak mempercayai Suruhanjaya Pilihan Raya . Debat Khairy Jamaluddin-Rafizi Ramli pula menyaksikan Rafizi tidak habis-habis dengan persepsi rasuah dan salahguna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional.

Debat persepsi ternyata hanya membuang masa. Debat Khairy Jamaluddin- Ambiga menyaksikan Khairy menjawab segala pertuduhan Ambiga yang mempertikaikan kredibiliti SPR, Ambiga tewas teruk, namun peserta BERSIH 3.0 tetap mengganas di jalanan 3 hari kemudiannya.

Debat Khairy Jamaluddin-Rafizi Ramli menyaksikan kegilaan terhadap persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan Barisan Nasional, ternyata memakan diri Rafizi.  Entah bagaimana tiba-tiba terpacul dari mulut Rafizi satu lagi persepsi iaitu tindakan kerajaan Barisan Nasional memberikan Pinjaman  Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi akan lebih membebankan negara berbanding memberikan pendidikan percuma..?

Jelas Pengarah Strategik PKR itu sangat begitu fokus kepada bebanan hutang PTPTN hingga seolah-olah beliau berada dalam keadaan trauma yang amat sangat terhadap kebolehupayaan pelajar IPT membayar balik pinjaman PTPTN tersebut.  Sepertimana hujah Khairy, Pengarah Strategik PKR tersebut hilang starateginya apabila begitu fobia dengan hutang PTPTN sehingga gagal untuk menterjemahkan keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat, sekiranya berkuasa untuk mencorak masa depan ekonomi negara dan penyediaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada golongan muda walaupun cuma untuk 10 tahun akan datang.

Sejujurnya cabaran debat oleh moderator Debat Khairy -Rafizi yang kelihatannya pro pembangkang  adalah sebahagian dari taktik Pakatan Rakyat untuk mengganggu fokus kerja DS Najib yang sedang berada di landasan terbaik memenangi hati rakyat...

Debat Najib-Anwar tidak harus diadakan kerana ia hanya akan membuang masa. DS Najib akan berhujah lebih berpandukan fakta sedangkan Anwar pula pasti akan berhujah berdasarkan persepsi  . Lumrahnya persepsi lebih menarik dari fakta kerana persepsi adalah khayalan akibat keghairahan sedangkan fakta pula adalah sesuatu yang sukar untuk diterima. Keghairahan terhadap persepsi akan membuatkan rakyat terlentok tanpa mereka sedar sudah hampir sepenggal Pakatan Rakyat menguasai beberapa negeri dengan hanya bermodalkan persepsi tetapi jangankan yuran IPTA percuma seperti hujah Khairi, yuran pendidikan pra sekolah yang tak sampai berapa ringgit itu pun tak dapat di biayai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang kaya-raya.

Debat sebenarnya lebih mendatangkan kesan negatif kepada kerajaan Barisan Nasional sebab pembangkang seperti yang kita sedia maklum cukup terlatih bagi menghidupkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat. Debat hanya akan mencuri masa DS Najib...

Lainlah Anwar Ibrahim yang tiada sebarang tanggungjawab terhadap rakyat dan negara, beliau mempunyai lebihan masa untuk membuat demonstrasi hebat,  berdebat dan beraksi hebat diranjang tapi malangnya pembangkang, mereka pula tidak sukakan persepsi kita tentang hebatnya Anwar Ibrahim di ranjang.....


No comments:

Post a Comment