Tuesday, May 22, 2012

KHALIFAH LIM GUAN ENG BERCAKAP MENGGUNAKAN KEPALA LUTUT...

Dengan bodoh dan muka bodoh, selamba sahaja meletakkan kesalahan atas pihak lain tanpa ada rasa bersalah di atas tindakan yang telah mereka lakukan...


DBKL dan Timbalan Ketua Polis Negara memalukan Malaysia.. - Lim Guan Eng

PULAU PINANG - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menghadiri Malam Gala Konferens CJMY (Kewartawanan Warganegara Malaysia) semalam, mengutuk sekeras-kerasnya sikap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang disifatkannya memalukan Malaysia.

“Mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pelaku yang melakukan aksi memualkan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan malah ketiadaaan sebarang tindakan seolah-olah merestui segala perbuatan yang tidak senonoh itu.

“Sedangkan Datuk Ambiga tidak melakukan sebarang jenayah, dia tidak meletupkan orang dengan C4, tidak menyalahgunakan dana rakyat membeli kondominium tetapi dia diperlakukan seolah-olah dia mengancam negara sehingga ingin dipenjarakan dan ingin dibuang negeri,” tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Mengulas lanjut, beliau berkata segala perbuatan tidak bermoral terhadap Ambiga hanya tindakan terdesak dan dengki Umno-BN ekoran kejayaan Bersih 3.0 mengumpulkan 300, 000 rakyat demi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.

No comments:

Post a Comment