Wednesday, May 30, 2012

PAS TAKKAN BUAT FITNAH...

Parti Islam SeMalaysia (PAS) benci gambar super impose...fitnah

 

Berita sebelum ini...Gambar palsu Najib makan dengan Altantuya...Tian Chua mengaku ia hasil lakarannya

Sekali tengok secara teliti pun boleh tahu ia mengunakan teknoloji superimpose .Gambar yang melakarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang makan bertiga bersama Abdul Razak Baginda dan Altantuya sudah beredar dalam internet.

Gambar melakarkan seolah mereka bertiga berada di dalam sebuah restoran Peranchis.

Disekeliling gambar bahagian atas Altantuya khususnya diparas bahu keatas jelas kelihatan bekas cropping manakala saiz gambar Najib duduk di meja itu kelihatan tidak selari.

Gambar itu didapati tersiar dalam laman blog Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat,Tian Chua.

Dalam tulisannya beliau meminta Najib menjelaskan soal wujudnya gambar itu seperti yang didakwa oleh sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg dalam keterangannya di mahkamah Jumaat lalu.
Sementara itu sumber yang rapat dengan Najib ketika diminta mengulas usaha mereka-reka gambar superimpose itu berkata, perbuatan tersebut membuktikan betapa terdesaknya pihak pembangkang untuk memburukkan Najib.


Katanya, dengan dakwaan yang dibuat oleh salah seorang saksi di mahkamah kononnya wujud gambar tersebut, pihak-pihak tertentu nampaknya tidak senang duduk dan seboleh-bolehnya mahu rakyat percaya gambar itu wujud.


揂dalah sesuatu yang memalukan tindakan mereka membuat teknik superimpose . Malah penyiaran gambar itu di blog Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang mengesahkan parti itu sanggup berbuat apa sahaja untuk politik murahan mereka,� ujar beliau.


Sumber itu bagaimanapun menjelaskan, pihaknya tidak sedikit pun gusar dengan perkembangan ini kerana mengetahui hakikat sebenarnya Najib memang tidak pernah bertemu mahupun mengenali Altantuya.


Beliau seterusnya menasihatkan semua pihak khususnya mereka yang cuba mereka-reka cerita mengenai perkara ini supaya berfikiran waras dan janganlah merendahkan martabat serta maruah dan harga diri hanya untuk mendapat populariti politik.


Dalam pada itu Tian Chua yang dihubungi Agendadaily petang Selasa mengakui gambar berkenaan adalah lakaran hasil imiginasinya dan disiarkan dalam laman blognya.

Dakwanya ia bukan bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan orangramai.

Katanya beliau kecewa kerana soal jawab Burma dengan peguam Karpal Singh mengenai gambar itu tersekat di mahkamah dan juga tidak disiarkan dalam akhbar-akhbar arus perdana
.

Katanya beliau tidak tahu menahu samada ada orang lain yang membuat lakaran seumpama itu."Yang satu ini saya akui ia adalah lakaran saya sendiri ",katanya.-3/7/2007 

No comments:

Post a Comment