NAMA: POZIYAH BT HAMZAH (KAK ZI)
JAWATAN: KETUA WANITA PKR, CABANG KANGAR, PERLIS
ALAMAT: NO.435, KAMPUNG SENTANG, HUTAN AJI, 01000, KANGAR, PERLIS.
NO. TELEFON: 012-4539195
Itu butiran yang didedahkan oleh KEDAHAN69ERS.COM yang turut memaparkan video ucapan wanita terbabit beberapa malam lalu di Langkawi.
Melabelkan polis dan tentera sebagai musuh rakyat merupakan gerak saraf yang dilakukan berdekad-dekad lalu. Kalau pada zaman darurat, polis dan tentera dikatakan sebagai agen British atau penjaga penjajah bukannya penjaga keamanan, pada zaman sekarang, anggota polis dan tentera pula dianggap sebagai ANJING UMNO.
Modus operandi yang sangat ketara melibatkan Pakatan Rakyat dengan Parti Komunis Malaya mungkin boleh disumberkan kepada Anwar Ibrahim yang pada tahun 1974 cuba memperkenalkan konsep KOMUNIS BAIK atau diterjemahkan sebagai SOSIALISME.
Untuk meruntuhkan teras dan
kekuatan negara ini, POLIS dan TENTERA perlu dilemahkan. Untuk
melemahkan POLIS dan TENTERA, tidak setakat serangan yang membuatkan
semangat anggota peringkat bawahan jatuh, sebaliknya pelabelan yang
dahsyat-dahsyat perlu diberikan seperti ANJING UMNO. Apabila
anggota-anggota bawahan sudah malu dengan kedudukan mereka selaku
ANGGOTA POLIS dan TENTERA, maka negara ini mudahlah diserahkan kepada
MUSUH sebagaimana yang cuba dilakukan oleh Anwar Ibrahim pada tahun
1997!
Mungkin bagi anak-anak muda yang pada
tahun 1997 masih lagi bersekolah rendah, tidak tahu apa yang cuba
dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan pada
waktu itu, dalam usaha untuk mengelak daripada kehilangan peluang
menjadi Perdana Menteri dan membuat tekanan kepada kerajaan dan UMNO
agar tidak mendakwanya atas salah laku seksual serta rasuah salahguna
kuasa, telah bertindak menggunakan pengaruhnya berkonspirasi dengan
penyangak-penyangak ekonomi untuk memiskinkan negara ini.
Bagaimanapun,
tindakannya gagal melemahkan kerajaan yang pada itu diketuai oleh Tun
Dr. Mahathir. Al-maklumlah, seorang yang kuat berangan-angan dengan
literasinya, tidak mungkin dapat menandingi orang yang mahir dalam
bidang ekonomi.
Kemudian, dia cuba mencetuskan
rusuhan dan huru-hara. Sekali lagi polis yang ditugaskan mengawal
keselamatan dalam negeri, berjaya menenangkan negara dengan beberapa
tindakan yang disifatkan oleh Anwar Ibrahim dan DAP sebagai kejam.
Manakala
anggota-anggota tentera yang telah dihantar ke perbatasan pula, bersiap
siaga untuk berhadapan dengan ancaman daripada beberapa buah negara
yang cuba menakut-nakutkan Malaysia dengan kekuatan Angkatan Tentera
Udara selain Batalion Kereta Kebal. Malah tentera Malaysia juga berjaya
membuatkan Amerika Syarikat tidak meneruskan rancangan mereka untuk
membawa kapal pengangkut terbesar mereka melalui Selat Melaka dalam
usaha menakut-nakutkan Malaysia.
Bertitik tolak
dari situlah, Anwar Ibrahim yang mendapat latihan daripada rejim dan
pelobi Zionis mengambil pendekatan menyerang PDRM dan ATM dengan membuat
pelabelan yang kemudiannya diselindungi kononnya yang ditentang
hanyalah rasuah, kronisme, salahguna kuasa dan penyelewengan - SEMUANYA
MERUJUK KEPADA DIRINYA SENDIRI.
No comments:
Post a Comment