Wednesday, May 9, 2012

BERSIH 3.0 GAGAL HURU-HARAKAN MALAYSIA, MAT INDON PULA JADI TARUHAN....

BERSIH 3.0 gagal tetapi puak kafir ini banyak lagi cara dan idea untuk menjahanamkan Malaysia...Terbaru, menjolok MAT INDON...Tapi persoalannya bangsa mana yang selalu mendera, memperdagangkan pekerja Indonesia...!!!!!

Menghina Malaysia, Kawan Baik Ambiga Ini Sudah Abis Modal


JAKARTA 7 Mei - Bukan mahu mempertahankan nama baik atau mencari jalan untuk menjernihkan kemelut antara Malaysia dan Indonesia, sebaliknya, Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez memilih mengecam negaranya sendiri dalam media Indonesia.
Irene yang mengetuai Tenaganita iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak wanita, mendakwa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat Indonesia mencari rezeki.
Rakyat Indonesia khususnya wanita yang ke Malaysia untuk bekerja digambarkan Irene, saling tidak ubah dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol berikutan wujudnya industri perkhidmatan pembantu rumah.
"Kewujudan industri perkhidmatan pembantu rumah dan penswastaan perkhidmatan kesihatan merupakan satu bentuk penjajahan baru yang merosakkan sistem ekonomi negara dan meningkatkan ketidaksamaan jurang antara pekerja asing khususnya wanita," kata Irene dalam satu temu bual dengan akhbar The Jakarta Post yang disiarkan hari ini.
Temu bual yang disiarkan di halaman empat akhbar itu dengan tajuk Malaysia not safe for Indonesian migrant workers merupakan susulan daripada insiden tiga rakyat Indonesia yang disyaki sebagai penjenayah ditembak mati oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mac lalu.
"Polis Malaysia tidak ada kuasa untuk menembak ketiga-tiga mereka sekalipun mereka suspek jenayah. Sepatutnya polis menahan kesemua suspek itu dan bawa mereka ke muka pengadilan seandainya suspek itu diberkas ketika melakukan jenayah," kata Irene yang meminta siasatan menyeluruh dilakukan bagi membuktikan dakwaan polis Malaysia tepat.
Irene mendakwa, berdasarkan laporan, ketiga-tiga rakyat mereka bukan penjenayah.
Dakwaan itu bertentangan dengan laporan polis sebelum ini yang menyebut tiga rakyat Indonesia, Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, dan Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah bertindak menyerang anggota polis dengan bersenjatakan parang pada awal pagi 24 Mac lalu.
Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.
Dakwaan dan tuduhan itu bagaimanapun dinafikan oleh Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang menegaskan, pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.
Dalam temu bual itu juga, Irene mendakwa, apa yang menyebabkan Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja.
"Lebih buruk lagi kerajaan Malaysia juga mengekalkan diskriminasi dalam kalangan pembantu rumah dan buruh ladang iaitu dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum," ujar beliau.
Selain kerajaan Malaysia dan PDRM, Irene turut menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing.
"Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah," dakwa Irene sambil menggesa pemerintah Indonesia tidak menyambung usaha menghantar pekerja ke Malaysia.
Berhubung usaha Kementerian Dalam Negeri memperkenalkan Program 6P, Irene secara sinis berkata, akornim P dalam program itu ialah 'Penipuan'. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment