Bersih 4.0 tawar hadiah kereta Lamborghini, BMW
Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yunus berkata, sebuah Lamborghini Gallardo dan BMW 530 bakal menjadi hadiah cabutan bertuah di laman peminat Facebook Bersih 4.0 yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
"Kita tawarkan sebuah kereta BMW bernilai RM220,000 untuk seorang pemenang bertuah apabila laman ini mencecah 150,000 pengikut.
"Kemuncak hadiah adalah sebuah Lamborghini yang akan dicabut sebagai hadiah utama apabila pengikut mencapai sejuta orang," katanya kepada pemberita di Restoran Sekinchan di sini hari ini.
Jamal berkata, hadiah akan ditawarkan kepada pengguna Facebook yang berbelanja di mana-mana Restoran Sekinchan dengan mengemukakan bukti pembelian di laman berkenaan.
Beliau yang juga pemilik rangkaian restoran itu berkata, hadiah tersebut disediakan sebagai usaha memupuk dan mendapatkan sokongan warga Kuala Lumpur untuk menjadikan bandar raya itu bebas daripada perhimpunan haram dan rusuhan.
"Kita akan buka sebuah laman pengikut Bersih 4.0 di Facebook dan menyeru orang ramai supaya menyertai kempen 'Cintakan Keamanan' sebagai bantahan kepada Bersih yang satu lagi.
"Melalui usaha ini, kita berharap Bersih 4.0 akan menjadi penutup kepada perhimpunan Bersih yang menjadikan Kuala Lumpur huru-hara," katanya.
Sementara itu, Jamal memberitahu, pihaknya akan meneruskan perhimpunan peniaga dan penjaja di kediaman Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga walaupun pihaknya tidak mendapat kebenaran daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.
"Pasar malam di Jalan Setiakasih 1 akan diteruskan sebagai protes terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kerugian para peniaga dan penjaja pada hari perhimpunan Bersih.
"Kami golongan peniaga dan penjaja yang tidak tahu undang-undang akan berniaga walaupun petak niaga yang dicat sebelum ini sudah dipadam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya.
Jamal turut menangkis tohmahan yang mengaitkan pihaknya sebagai alat kepada parti-parti tertentu.
"Apa yang kita lakukan bukan untuk bermusuh dengan mana-mana pihak kerana kami bebas daripada pengaruh parti politik.
"Ini adalah tindakan susulan kerana pada Bersih 1.0 ramai yang masih bersabar, Bersih 2.0 mereka mula marah dan baru-baru ini Bersih 3.0 ramai yang hilang sabar," katanya.
Jamal berkata, pasar malam yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini turut mendapat sokongan daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan penduduk.
mmmm jenuh lah nak menangkis puak-puak pro=pembangkang kalau macam nilah gayanya. Rosak imej nak membela penjaja-penjaja kecil golongan bawahan dan yang tertindas. . 1 juta ahli pengikut pun tak guna jika semata-mata masuk nak lamborghini. Kalau dapat pun mampu ke nak maintain? Insuran - spare part? Minyak? Sapalah penasihat dema ni. Orang kata kita bodoh kita marah pulak ....
ReplyDeleteKalau dapat..tak mampu juallah..siapa suruh pakai...pikiran kn strategik...jgn jd tak strategik mcm Pengarah Strategik PKR...dapat RM100k pun ok pa..tak perlu menonggeng kat Anwar....
ReplyDelete