Tuesday, May 22, 2012

KOLUMNIS AKHBAR KRITIK MAJLIS PEGUAM

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! SIKAP MAJLIS PEGUAM YANG BERAT SEBELAH DI BONGKAR !!! WAJIB BACA !!!



SEORANG kolumnis akhbar Sunday Star semalam menegur Majlis Peguam yang disifatkan beliau mengambil pendirian berpihak apabila meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.Teguran itu dibuat oleh Roger Tan yang merupakan seorang peguam kanan dan bekas ahli Majlis Peguam dalam ruangan 'Comment' halaman 30.

Dalam artikel bertajuk 'Tidak dipengaruhi oleh perasaan takut atau memihak' beliau menulis,Majlis Peguam dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 11 Mei lalu telah meluluskan usul mengandungi 12 resolusi yang berkaitan perhimpunan Bersih 3.0,dengan sokongan majoriti yang besar.Keputusan 939 orang yang mengundi memihak dan 16 menentang perlu dihormati.Hujah bahawa ia tidak mewakili semua 14,000 ahli majlis itu,tidak mempunyai asas kerana Seksyen 66,Akta Profesion Undang-Undang 1976 (LPA) adalah jelas menyatakan usul boleh dibuat jika majoriti mengundi menyokongnya.Dengan prinsip utama ini,Tan menyatakan untuk rekod,sebab-sebab sama ada betul atau salah,mengapa beliau tidak boleh menyokong resolusi berkenaan.

Pertama dan paling penting kata Tan,ia mesti diakui bahawa resolusi ke-12 telah dipinda untuk memasukkan antara lain bahawa (1) Majlis Peguam bimbang dan tidak menyetujui apa-apa tindakan keganasan dalam perhimpunan awam dan tindakan sedemikian oleh para peserta,bukanlah satu tindak balas yang bersesuaian terhadap pihak polis dan (2) Majlis Peguam juga khuatir dengan laporan bahawa terdapat orang tertentu telah menyeberangi melalui halangan polis ke Dataran Merdeka.Tetapi pindaan ini adalah bertentangan sama sekali dengan bahasa yang digunakan dalam keseluruhan resolusi berkenaan untuk mengutuk kekejaman polis dan cara bagaimana pihak polis mengendalikan perhimpunan pada hari berkenaan.Tan merasakan bahawa hanya dengan menyuarakan kebimbangan terhadap peserta Bersih 3.0 yang melanggar undang-undang adalah tidak cukup kuat.Majlis Peguam,pada pandangan beliau perlu dilihat berada di barisan hadapan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa mengira sama ada polis atau penunjuk perasaan yang telah melanggar undang-undang.Jika Majlis Peguam mahu mengecam dan mengutuk kekejaman polis,ia perlu melakukan perkara sama terhadap tindakan penunjuk perasaan yang telah berlagak seperti perusuh dan penganut fahaman anarki yang menyerang anggota polis dan melompat serta merosakkan kenderaan polis.

Kedua,Tan tidak mahu Majlis Peguam menghukum sebelum memeriksa isu-isu. Menurut cara ayat-ayat resolusi pertama disampaikan, ternyata Majlis Peguam telah membuat kesimpulan bahawa semua perbuatan yang disenaraikannya telah dilakukan oleh pihak polis.Sebaliknya,ayat-ayat resolusi ke-12 berhubung perlakuan peserta Bersih 3.0 dinyatakan secara sangat berhati-hati termasuk menyebut rempuhan halangan polis adalah berdasarkan kepada laporan-laporan.


"Sebagai peguam,kita telah dilatih bahawa walaupun kita telah menyaksikan seseorang menembak orang lain, ia tidak bermakna dia secara automatik bersalah kerana membunuh.Mungkin ada faktor lain yang boleh meringankan hukuman yang memerlukan siasatan lanjut," kata Tan.

Adalah benar bahawa laporan telah disusun oleh 80 pemantau daripada Majlis Peguam.Bagaimanapun,laporan akhir hanya diemelkan kepada ahli-ahli pada malam sebelum hari mesyuarat dan ini telah menimbulkan tuduhan bahawa laporan itu disesuaikan supaya menyokong resolusi berkenaan.Identiti 80 pemantau juga tidak dinyatakan.Tan ingin tahu kecenderungan politik mereka dan ingin membaca,sebagai contoh,komen dan pandangan mereka mengenai Bersih yang dinyatakan dalam media sosial,untuk memuaskan dirinya bahawa mereka berfikiran bebas dalam membuat kesimpulan, tidak dipengaruhi oleh apa jua kepercayaan politik atau sosial yang mereka mungkin ada.Ini adalah sangat mustahak,kerana Majlis Peguam telah diminta untuk membuat satu kesimpulan berdasarkan laporan kumpulan pemantau terbabit.Jika benar,tidak dapat disangkal juga bahawa kumpulan pemantau terbabit boleh dituduh sebagai seorang pendakwa dan hakim pada masa yang sama hanya kerana tiga ahli mereka mendakwa telah diserang oleh polis.Jika kita telah menasihati orang lain supaya tidak bertindak balas dalam keadaan marah,kita juga mesti dilihat dapat menahan diri daripada melakukan perbuatan sama kerana kita sepatutnya menegakkan keadilan tanpa mengambil kira kepentingan diri kita sendiri atau ahli-ahli kita dan tidak terpengaruh oleh perasaan takut atau pilih kasih.Kerana sebab utama ini,Tan lebih suka untuk menunggu penemuan sebuah badan bebas seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebelum membuat satu penghakiman mengenai isu ini.Seperti banyak pihak lain,Tan sudah pasti ingin tahu kenapa beberapa anggota polis dan penunjuk perasaan telah bertindak balas. Pemantauan bukan penyiasatan,tetapi hanya pemerhatian.

Ketiga,Tan juga telah mencadangkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meminta maaf kerana orangnya dilaporkan telah mengalih halangan polis.Bagi Tan,membuang halangan adalah titik pencetus.Sudah tentu,tiada alasan bagi pihak polis untuk bertindak balas secara tidak seimbang kepada perbuatan melanggar perintah mahkamah agar tidak memasuki Dataran Merdeka.Bagaimanapun,mengikut pertimbangan akal yang biasa bahawa dalam apa-apa pertengkaran, sesiapa yang mula-mula mengangkat tangannya terhadap yang lain adalah selalunya yang paling patut disalahkan.Dalam kes ini,jika halangan tidak dialihkan,kita akan dapat menyaksikan perhimpunan aman awam yang terbesar dalam sejarah negara kita dan kedua-dua kumpulan yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menuntut pujian untuk itu.Tan tahu apa yang ditulisnya menyakitkan untuk dibaca oleh beberapa ahli Majlis Peguam.Ia sudah tentu bukan satu cubaan untuk memecah-belahkan Majlis Peguam,tetapi untuk mengukuhkannya.Sebagai bekas ahli Majlis Peguam,Tan lebih daripada khuatir jika ia tidak dilihat sebagai dwipartisan dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Adalah menyedihkan jika orang ramai dibawa untuk berfikir bahawa Majlis Peguam bersikap tidak apa dengan orang yang melanggar undang-undang.Pada fikiran Tan,dengan demokrasi berparlimen yang telah matang di negara kita, sesiapa jua yang berusaha tanpa justifikasi penuh untuk mencontohi Martin Luther King atau Mahatma Gandhi dalam masa dan situasi yang berbeza dengan yang dihadapi tokoh ini,boleh disamakan sebagai mengamalkan politik demagog atau amalan politik untuk memperoleh kekuasaan dengan cara menghasut dan membakar emosi rakyat.

"Sekarang Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi pandangan. Saya bersetuju dengan beliau bahawa Majlis Peguam perlu menghapuskan persepsi bahawa ia dimonopoli oleh pembangkang.Persepsi bahawa ia sentiasa menentang kerajaan telah wujud sejak sekian lama. Saya masih ingat program Berjalan Untuk Keadilan pada 26 September 2007. Beberapa ahli telah menyuarakan kebimbangan bahawa beberapa ahli politik yang bukan peguam telah dibenarkan untuk mengambil bahagian," kata Tan.

Beliau juga pernah mengugut untuk memboikot Majlis Makan Malam Untuk Keadilan yang diadakan pada 17 April 2008,untuk memberi penghormatan kepada enam hakim yang terbabit dalam krisis kehakiman 1988 kerana pihak penganjur pada mulanya hanya mahu pemimpin pakatan pembangkang (dengan mengecualikan pemimpin parti komponen Barisan Nasional) dijemput untuk menghadiri acara tersebut.Ini tidak boleh diterima oleh Tan kerana acara tersebut telah dianjurkan secara bersama oleh Majlis Peguam dan ia perlu dilihat sebagai tidak terlibat dalam politik.Itulah sebab kenapa Majlis Peguam mempunyai keris Melayu pada logonya yang dilukis seorang pelajar undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam pertandingan melukis logo yang diadakan pada awal 1980-an dan kita tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Malah,reaksi untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang bukanlah sesuatu yang baru. Pada November 1991, Presiden Persatuan Peguam Muslim ketika itu, Datuk Zaid Ibrahim, mahu Majlis Peguam dibubarkan atau ahli-ahlinya keluar secara beramai-ramai jika ia tidak dapat menerima dan menghormati Tun Hamid Omar sebagai Ketua Hakim Negara ketika itu.Zaid berkata, kerajaan harus mempertimbangkan dengan serius untuk menubuhkan badan alternatif iaitu Akademi Undang-Undang yang boleh bekerjasama dengan badan kehakiman jika Majlis Peguam tidak dapat menamatkan persengketaan dengan Tun Hamid.Seperti mana kita tidak suka badan kehakiman dianggap prokerajaan, orang lain juga tidak mahu Majlis Peguam dianggap sebagai propembangkang.Seperti yang pernah diungkap bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian : "Dua ciri utama kedaulatan undang-undang adalah kebebasan Majlis Peguam dan kebebasan badan kehakiman." - Utusan Malaysia

ANDA DAH LIHAT ???

SIAPA YANG BENAR ???

SIAPA YANG SALAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

Post a Comment