Saturday, May 26, 2012

BERSIH 4.0

BERSIH 4.0

Tengahari semalam, sewaktu tiba di Jalan Setiakasih 1, keadaan agak membosankan. Perhatikan pelbagai aksi wartawan dan jurugambar berada di lokasi.

Mereka menunggu ...


Kemudian, mereka semua sibuk, klik di sini.


Sebaik Gerakan Belia Gagasan Malaysia beredar, semua berada di lokasi dikejutkan dengan deruman puluhan motosikal di jalan utama.


Mereka sekadar hadir untuk membuat bising dengan bunyi eksoz motosikal dan peliknya  tanpa diburu oleh pihak polis, mereka semua kemudian beredar.

Wartawan, jurugambar dan semua penguat kuasa terpinga-pinga, tidak memahami tujuan kehadiran remaja  terbabit di lokasi.


Sebelum itu kumpulan berbaju kuning, peniaga bermotosikal dan wanita memasuki dan memakir kenderaan mereka di Jalan Setiakasih 1.


Kira-kira pada jam 3 petang, semakin ramai berkunjung ke rumah Datuk Ambiga.


2 jam kemdian lebih ramai ahli Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur, bercadang untuk membuka pasar malam selama dua hari berhampiran rumah Datuk Ambiga berarak, tiba di lokasi.


Saya percaya sebilangan mereka, peniaga manakala melihatkan usia, majoriti berstatus pengikut sahaja. Mereka berhimpunan secara aman tanpa berlaku insiden tidak diingini dan peserta menyatakan secara jelas kebencian mereka terhadap penganjuran Bersih 1, 2 dan 3 sebelum ini.


Tahniah kepada pihak polis dan penguat kuasa DBKL kerana berjaya mengawal keadaan dengan baik.


Berikutan menghormati undang-undang, perancangan untuk mengadakan pasar malam selama 2 hari, semalam dan hari ini, dibatalkan.


Hampir jam 6 petang, semua bersurai.

Kaki lenguh, tekak dahaga dan badan penat, itu saya rasai. Namun berbekalkan kamera digital, saya akan terus melaporkan kejadian menarik, selagi termampu.


Ringkasnya, lebih kurang 5 jam semalam, saya berpeluang melihat sebilangan rakyat Malaysia mempraktikkan hak mereka untuk berhimpun secara aman sekaligus membantah kejadian menghuru-harakan negara.

No comments:

Post a Comment