Tuesday, May 15, 2012

HEBATNYA USTAZ AZIZAN MEMBALAK...!!!

Penipu sungguh...sanggup memperbodohkan rakyat kononnya kerajaan PAS lebih cekap membalak sehinggakan pendapatan hasil balak berlipatkaliganda...




Gempar..!! Perompak dibenarkan Merompak oleh puak-puak Perompak

Sebenarnya kalau ikutkan hati.....taktau la nak buat macammana..
sedih...marah...memang geram sangat-sangat....

Pakteh dari Kota Aur nak ziarah sahabat di Pedu.....12 Mei 2012 Jam 5.00 Petang. Hujan lebat namun hati tenang melalui kawasan tadahan air terbesar di Kedah.

Indah mempesona....
Jalannya sudah amat baik hasil perancangan terbaik BN.

tiba-tiba sebuah jeep brek mengejut depan Pakteh dannnnn.......mujurlah kereta sempat mengelak. Alhamdulillah...selamat Pakteh, Makteh dan adik lelaki Pakteh.

Namun.............terpampang depan mata Pakteh suasana yang lebih menakutkan Pakteh.

memang kereta tidak remuk
Memang jasad tidak remuk

TETAPI terpampang depan mata kayu-kayu sebesar betis ditebang malah kawasan tadahan dilumat lunyai amat- amat meremukkan hati Pakteh.

Bukan hak pakteh tapi Pakteh sayangkan kawasan simpanan air terbesar di Kedah. Pakteh sayangkan kayu kayan yang sedang membesar.

Jika begitulah caranya.....kawasan tersebut boleh ditanam anak getah sebab sudah ditarah licin. Kayu balak yang layak dipanggil batang mancis bertimbun depan Pakteh.

Siapa yang Pakteh nak salahkan?. Salahkan diri pakteh yang lalu kawasan tersebut? Gilaaa..

Salahkan penguatkuasaan?
 Siapa?

1. Jabatan hutan negeri Kedah
2. Jabatan Alam Sekitar Kedah

Atau sebenarnya......PAS Kedah?

Ya...Pas Kedah.

Inilah puncanya...

Cuma sekadar makluman kepada Jabatan Alam Sekitar......jangan nampak kuman seberang laut sahaja...gajah depan mata tu paham-paham la apa perlu dibuat. (kaaaa nak Pakteh ulas lebih mendalam?.)

Kerosakan yang dibuat tu Pakteh percaya 50 tahun takkan mampu memulihkan seperti sediakala.

Entahlah....pakteh merasakan bahananya akan menimpa Pas yang tidak ikhlas dalam perjuangan. Cakap pandai tapi tindakan hancoq.

Terima Kasih pada kawan2 yang serbu puak-puak rakus ni. tenang sikit hati........


sumber

No comments:

Post a Comment