Akhirnya setelah lama berdiam diri mengenai gambar aksi ghairahnya di dalam majalah GLAM Lelaki baru-baru ini, Nora Danish telah membuka mulut dan memohon maaf atas kesilapannya beraksi seksi. Nora sendiri mengakui gambar-gambar yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan dirinya.
Nora Danish berkata yang persetujuan untuk memakai pakaian yang disediakan oleh pihak penyelia majalah berkenaan juga dicapai atas janji gambar-gambar itu akan diedit untuk menutup bahagian badannya yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum. Kata Nora:-
Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf maaf kepada semua pihak atas ketelanjuran saya. Saya tahu akhirnya isu seksi itu akan berbalik kepada saya. Saya tidak tahu ia akan diterbitkan semasa saya berada di Mekah. Saya terima keadaan itu dan belajar daripada kesilapan. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan tidak menyerahkan keputusan tentang karier saya dibuat oleh pihak lain.Baguslah Nora Danish dah sedar, minta maaf dan janji tidak berbuat lagi kesilapan yang sama. Peminat-peminat semua marah sebab mereka sayang kepada Nora Danish. Selama ini imej baik Nora telah di”tarnish”kan dengan keluarnya gambar-gambar tersebut. Semoga Nora selepas ini lebih berhati-hati lagi. Sumber info Kosmo.
No comments:
Post a Comment