Wednesday, May 9, 2012

ADAM ADLI DAN GANG MAHASEWEL SEKS BEBAS AKAN BERKHEMAH LAGI...

Kali ini Adam Adli dan gang akan cabut pintu gerbang INSANIAH pulak kot...


Yuran KUIN naik mulai Julai: Azizan


2012/05/08

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.

Azizan yang juga Pengerusi KUIN bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.
"Kita sudah maklumkan mengenai kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.
Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkenaan krisis kewangan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata KUIN akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.

Mengulas lanjut, Azizan berkata KUIN adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran KUIN.

"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, KUIN masih belum cukup kemudahan ketika itu. Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya.
Berkenaan fakulti perubatan yang dianggap tidak menguntungkan oleh pihak pembangkang kerana hanya mempunyai sembilan pelajar, Azizan berkata isu itu tidak timbul kerana 19 lagi akan mendaftar pada 20 Mei ini.

"Kita sudah menerima 300 permohonan tetapi kita hanya mahu mengambil 50 pelajar sahaja kerana kita baru nak mula jurusan ini di samping mahu menjaga kualiti pelajar terbabit. Walaupun pihak kementerian dan MMC (Majlis Perubatan Malaysia) membenarkan kita ambil 100 pelajar untuk pengambilan pertama, tetapi kita hanya ambil 50 sahaja," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menunggu pelajar baru yang memohon untuk belajar perubatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dibawa ke KUIN.

"Kita ada persefahaman dengan sesetengah IPTA yang ada fakulti perubatan dan mereka meminta supaya kita siapkan tempat untuk mereka kerana mereka tidak dapat menerima semua pelajar yang memohon jurusan tersebut di tempat mereka dan pelajar-pelajar itulah yang akan belajar di Kuin nanti," katanya.

Bagi skim pelarasan gaji 13 peratus untuk kakitangan KUIN, Azizan berkata pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), bukan untuk pihak swasta.

"KUIN walaupun kerajaan negeri tolong tapi ia masih lagi IPTS. Jadi terpulang kepada kita sama ada nak menerima atau tidak berdasarkan keupayaan kita. Kita bukan IPTA atau badan berkanun. Kita tidak tertakluk kepada pelarasan itu tapi terpulang kepada pihak lembaga pengarah KUIN nak pakai atau tidak," katanya.

Beliau turut meminta Mahdzir supaya berjumpa dengannya jika ada masalah dengan pentadbiran KUIN dan bukan bertanya kepada kakitangan KUIN yang tidak tahu situasi sebenar.

"Isu potongan bulanan gaji kakitangan yang dibuat Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang dikatakan tidak sampai kepada pihak terbabit juga bukan perkara yang baru.

"Ini bukan perkara baru terlambat bayar. KWSP kita buat potongan dan bila sampai masa baru kita hantar," katanya. - BERNAMA

2 comments:

  1. Pasti Adam Adli berkhemah lagi membantah kenaikan yuran.....kita tunggu....kalau tidak ternyata mereka semua Raja segala hipokrit....

    ReplyDelete
  2. LADO TOKOU..semua tu wayang saja tu....

    ReplyDelete